Siti Nursairah binti Tarudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Siti Saerah" dan "Sairah Tarudin" dilencongkan di sini.
Siti Sairah
Nama lahirSiti Nursairah binti Tarudin
Juga dikenali sebagai
Sairah Tarudin
Kelahiran1983 (umur 35–36)
Kampung Awah, Temerloh, Pahang, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2008–kini
Syarikat rakaman
Siti Nurhaliza Productions
Kegiatan berkaitan
Siti Nurhaliza, Siti Saida

Siti Nursairah binti Tarudin (lahir 1983) atau lebih dikenali sebagai Siti Sairah atau Sairah Tarudin merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia dan merupakan adik kepada Siti Saida dan Siti Nurhaliza yang juga penyanyi.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sairah dilahirkan pada 1983 1di Kampung Awah, Temerloh, Pahang sebagai anak kelima daripada tujuh adik-beradik kepada pasangan Tarudin Ismail (1942–2009), seorang pegawai polis berpangkat Koperal dan Siti Salmah Bachik (lahir 1948), seorang surirumah dan peniaga. Kakaknya, Datuk Siti Nurhaliza merupakan penyanyi popular era 1990an dan berjaya sehingga kini, adik-beradiknya, Saiful Bahri, dan Siti Nursaida juga bergiat aktif dalam bidang muzik, adik-beradiknya yang lain termasuk Saiful Suhairil (meninggal dunia), Saifullizan, Mohd Hafiz dan Mohd Ali.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dibesarkan dalam keluarga yang berkecimpung dalam bidang muzik, Sairah pernah menyertai rancangan realiti TV, One in a Million pada 2006, namun terkandas separuh jalan. Beliau seterusnya muncul dengan single "Hero Wayang" yang diciptanya sendiri dengan lirik oleh Loloq.[2]

Beliau bersama kakaknya, Siti Saida muncul dengan album Apresiasi pada Mac 2010 yang mana beliau merakamkan dua lagu - "Hero Wayang" dan "Akhir Cinta".[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 2010 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umaira, Ahmad Daiyan, dan Ahmad Aisy. Pasangan ini memfailkan perceraian pada 2014.[4]

Sairah mendedahkan pada September 2017 bahawa beliau tidak lagi berhijab.[5]

Beliau berkahwin kali kedua dengan Mohd Sharidan Johari pada 24 Februari 2018.[6]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

  • "Hero Wayang"
  • "Akhir Cinta"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nor Fadzilah Baharuddin (31 Julai 2008). "Saerah bukan lagi ilusi". Utusan Malaysia. Dicapai 19 April 2010. 
  2. ^ Maliah Surip (27 Julai 2008). "Bukan wayang Saerah". Kosmo!. Dicapai 19 April 2010. 
  3. ^ Shazryn Mohd Faizal (31 Mac 2010). "Apresiasi cara Saida, Sairah". Utusan Malaysia. Dicapai 19 April 2010. 
  4. ^ "Siti Saerah Diceraikan Talak Tiga Pada Ulangtahun Perkahwinan". Beautifulnara. 3 November 2014. Dicapai 21 November 2014. 
  5. ^ Sudirman Mohd Tahir (7 September 2017). "Siti Saerah tidak lagi berhijab". Harian Metro. Dicapai 21 November 2017. 
  6. ^ Alda Rismariza Kamarudin (9 Februari 2018). "Siti Saerah nikah 24 Februari". Harian Metro. Dicapai 25 Februari 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]