Indah Ruhaila

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Siti Ruhailah Hussein (Indah))
Indah Ruhaila
Indah sewaktu menyertai Anugerah Juara Lagu ke-29.
Latar belakang
Nama lahirSiti Ruhailah binti Hussein
Kelahiran (1987-07-30) 30 Julai 1987 (umur 36)
Kota Tinggi, Johor, Malaysia
Berasal dariJohor Bahru, Johor, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2008–kini

Siti Ruhailah Hussein (lahir 30 Julai 1987) atau lebih dikenali sebagai Indah Ruhaila merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1][2] Memulakan kerjaya muziknya pada 2008, Indah melancarkan album studio senama pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album. Pada tahun 2013, beliau terpilih sebagai salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-10 di mana beliau berjaya memenangi tempat keempat.[3][4][5]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada 30 Julai 1987 di Kota Tinggi, Johor, Indah ialah anak ketiga dari 5 adik beradik. Dibesarkan dalam keluarga seni, beliau merupakan cucu saudara kepada penyanyi veteran, allahyarhamah Rosiah Chik. Vokalis kumpulan Illusi iaitu Ayai pula merupakan bapa saudara sepupu beliau. Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Taman Air Biru. Berpendidikan sekolah agama sehingga Pendidikan Kelas Khas. Beliau menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Open University, Johor Bahru. Wajah Indah ada iras Cina kerana datuknya (sebelah ibu) berbangsa Cina. Bapanya, Hussein Mohamed ialah bekas pemain bolasepak negeri Johor sekitar tahun 70an dan 80an.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Indah mula menunjukkan bakat nyanyiannya di peringkat sekolah apabila beliau menjadi juara dalam pertandingan karaoke di sekolahnya dan mendapat jemputan membuat persembahan. Indah pernah menyanyi dengan iringan kugiran secara langsung sendiri di sebuah hotel di Johor Bahru dan beberapa kelab hiburan yang lain sebagai titik mula minatnya dalam nyanyian dengan sokongan keluarganya. Bapanya ialah penyelia muzik dan penyanyi keroncong Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Yayasan Warisan Johor suatu ketika dahulu.[6]

Beliau dan bapanya sering mendapat jemputan persembahan keroncong di Istana Johor suatu ketika dulu semasa Almarhum Sultan Iskandar Mahmood masih hidup. Disamping itu beliau juga mula berjinak-jinak memasuki pertandingan nyanyian di sekitar negeri Johor. Selepas beliau berjaya menjuarai sebuah pertandingan nyanyian anjuran Bernas di sebuah pusat membeli-belah di Johor Bahru, beliau disunting syarikat rakaman Suria Records (SRC) dan menandatangi kontrak. Dari situ bermulalah kerjaya Indah sebagai artis rakaman. Indah pernah merakamkan lagu tema raya berjudul "Di Lebaran Yang Ini" yang sangat indah susunan muziknya kerana mempunyai elemen rentak asli.[6]

Beliau pernah muncul dengan album studio yang menggunakan namanya sebagai tajuk album yang dikeluarkan pada 13 Oktober 2008 di bawah SRC namun kurang menyerlah ketika itu.[7][8] Kegagalan album pertamanya menyebabkan Indah kembali ke kampung halamannya di Johor Bahru dan bekerja sebagai penyanyi di sebuah lounge di kampung halamannya.

Sebelum bergelar artis, Indah pernah menyertai One in a Million musim pertama pada 2006, namun hanya layak ke pusingan saringan 50 orang. Beliau bersaing dengan kehadiran artis hebat seperti Dayang Nurfaizah dan Alyah dalam ujibakat tersebut. Kegagalan pada percubaan pertamanya tidak memadamkan minat Indah yang mendalam terhadap bidang nyanyian.[9][10] Atas dorongan ibunya, pada tahun 2013 beliau menyertai program realiti TV popular Akademi Fantasia musim ke-10 antara lain turut disertai oleh Hael Husaini, Faizul Sany, Amira Othman dan Nabila Razali dan berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.[11] Single "Percayalah" ciptaan Aiman yang dibawakan semasa konsert akhir AF2013 telah mendapat sambutan hangat dan berjaya menempatkan diri di pentas pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu 2014 setahun kemudian.[12]

Kesinambungan kejayaan Indah diteruskan pada tahun 2015 dengan kemunculan lagu "Di Sebalik Takdir" hasil karya Edry KRU yang sangat menguji vokal Indah dan penyampaian Indah sangat memukau tetapi di mana silapnya lagu ini tidak mendapat tempat di telinga pendengar.[13][14] Lagu duet bersama Ewal Ismail berjudul "Cerita Cinta Kita" juga hasil karya Edry Abdul Halim.

Pada tahun yang sama, beliau menggangotai kumpulan The Lomas yang turut disertai oleh Aisyah Aziz, Amira Othman dan Nabila Razali. Kumpulan ini telah melancarkan dua single setakat ini, "Bila Larut Malam" dan "Rindu".[15][16]

Beliau juga berhasrat ingin mengembangkan portfolio kerjayanya dengan menceburi bidang lakonan di pentas teater. Indah pernah ditawarkan menjayakan teater P. Ramlee The Musical namun beliau menolak secara baik kerana berpendapat kurang keyakinan diri.[17]

Indah telah dipelawa untuk menyumbangkan suara untuk runut bunyi filem Kau Yang Satu arahan Osman Ali menerusi lagu yang bertajuk sama.[18]

Beliau muncul bersama single terbaharu, "Pudar",[19] hasil nukilan Amylea Azizan dan dikeluarkan pada 29 Mac 2019.[20] Muzik video iringannya juga telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini.[21] "Pudar" juga turut layak bertanding di Separuh Akhir Muzik Muzik 34.[22]

Pada 24 Oktober 2020, Indah bersama-sama Aina Abdul, Tomok dan Lan Solo muncul dalam rancangan Vokal Mania di TV3, di mana mereka berentap bersama 24 penyanyi amatur untuk memenangi wang tunai sebanyak RM80,000.[23]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Indah berkahwin dengan Ahmad Shariff Ahmad Taufik pada 24 Disember 2017.[24][25][26] Beliau sebelum ini pernah bertunang dengan seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Mr. R selama empat tahun namun pertunangan tersebut berakhir pada April 2017.[27][28] Beliau juga mempunyai hobi meneroka dan melancong.[29]

Indah juga ialah peminat pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim F.C.[30]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album
Indah Ruhaila

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
"Tak Mahu Mengerti" 2009
"Percayalah" 2013
"Di Sebalik Takdir" 2015
"Cerita Cinta Kita" (duet bersama Ewal Ismail)
"Semua Untuk Cinta" 2016
"Kau Yang Satu" 2017
"Pudar" 2019

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2018 Vokal Mania Dirinya sendiri TV3

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2015 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 Artis Baharu Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Suzan Ahmad (28 Jun 2009). "Indah Ruhaila pertaruh bakat". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2009. Dicapai pada 12 Februari 2010.
  2. ^ Kemalia Othman (23 November 2014). "Indah Ruhaila Tidak Anggap Diri Lebih Menyerlah Daripada Juara AF2013". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-01. Dicapai pada 5 Disember 2014.
  3. ^ Nina Farzuin Md Sharom (1 Mei 2015). "Giat cipta nama, Indah Ruhaila mula susun strategi". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-01. Dicapai pada 6 Disember 2015.
  4. ^ "Indah Ruhaila penyanyi underdog semakin digilai". Murai.com.my. 3 Februari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-01. Dicapai pada 6 Disember 2015.
  5. ^ "Indah, Aisyah terus mengorak langkah". Kosmo!. 26 April 2015. Dicapai pada 6 Disember 2015.
  6. ^ a b "Mula menyanyi di Istana Johor". Berita Minggu. 19 Oktober 2008. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  7. ^ Album pertama melodi Indah Diarkibkan 2018-03-02 di Wayback Machine Utusan Malaysia, 20 Oktober 2008. Dicapai pada 3 Ogos 2018.
  8. ^ Rudy Imran Shamsudin (21 Oktober 2008). "Muzik agak ketinggalan". Harian Metro. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  9. ^ Zaidi Mohamad (25 November 2008). "Sedia redah cabaran". Berita Harian. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  10. ^ Firdaus Sahat (14 Disember 2008). "Pakej Indah". Metro Ahad. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  11. ^ Budiey (18 November 2013). "Tahniah! Faizul Juara Akademi Fantasia 2013 - "...dan Siti Ruhailah Hussein atau Indah (menerima RM10,000 dan trofi). ..."". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 5 Disember 2013.
  12. ^ Arina Azlan (21 April 2015). "Indah tidak cemburu kejayaan Ayda Jebat". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-23. Dicapai pada 5 Disember 2015.
  13. ^ Kemalia Othman (28 Oktober 2015). "Indah Ruhaila kahwin tahun depan". mStar Online. Dicapai pada 18 Disember 2015.
  14. ^ Rudy Imran Shamsuddin (1 November 2015). "Perjalanan jauh Di Sebalik Takdir". Harian Metro. Dicapai pada 18 Disember 2015.
  15. ^ Kemalia Othman (16 Oktober 2015). The Lomas kecewa sambutan dingin lagu 'Rindu' mStar Online. Dicapai pada 11 Disember 2015.
  16. ^ "Radio tidak bantu promosi". Utusan Malaysia. 26 Oktober 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-27. Dicapai pada 13 Disember 2015.
  17. ^ Kemalia Othman (31 Ogos 2015). "Indah Ruhaila idam berlakon teater". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-01. Dicapai pada 6 Disember 2015.
  18. ^ Nur Asyikin Mayudin (17 Februari 2018). "Indah Ruhaila Disangka Sudah Berhenti Menyanyi". mStar Online. Dicapai pada 6 Mac 2018.
  19. ^ "Indah Ruhaila harap tuah pudar". Berita Harian. 8 April 2019. Dicapai pada 6 Disember 2019.
  20. ^ "Pudar taruhan terbaharu Indah". Melaka Kini. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2021. Dicapai pada 6 Disember 2019.
  21. ^ "Muzik video Pudar Indah Ruhaila dilancarkan". Hot FM. 9 April 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-27. Dicapai pada 6 Disember 2019.
  22. ^ "Dia memang genius orangnya - Indah Ruhaila puji siapa itu?". XTRA. 8 November 2019. Dicapai pada 6 Disember 2019.
  23. ^ Nur Asyikin Mayudin (19 Oktober 2020). "Indah Ruhaila sapu peluang depan mata, bakal muncul dalam Vokal Mania - "Dah lama saya duduk rumah tak keluar TV"". mStar Online. Dicapai pada 6 Disember 2020.
  24. ^ Sudirman Mohd Tahir (24 Disember 2017). "Indah sah jadi isteri". Harian Metro. Dicapai pada 5 Januari 2018.
  25. ^ Sudirman Mohd Tahir (8 Januari 2020). "Saya tak sara suami - Indah Ruhaila". Harian Metro. Dicapai pada 5 Februari 2020.
  26. ^ Rozaimi Zubaidi (26 Februari 2018). "Mudah kerja dengan suami - Indah Ruhaila". Astro Gempak. Dicapai pada 5 Disember 2018.
  27. ^ Syafil Syazwan Jefri (17 Mei 2017). "Terlalu peribadi untuk dikongsikan". Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2017.
  28. ^ Mohd Al Qayum Azizi (24 Disember 2017). "Indah Ruhaila kini bergelar isteri". mStar Online. Dicapai pada 5 Januari 2018.
  29. ^ Syafil Syazwan Jefri (23 Februari 2018). "Hobi baru Indah". Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2018.
  30. ^ "Rozita pilih Kedah, Indah Ruhaila yakin JDT juara". Berita Harian. 30 Oktober 2019. Dicapai pada 5 Disember 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]