Indah Ruhaila

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Siti Ruhailah Hussein (Indah))
Jump to navigation Jump to search
Bagi album studio eponim 2008 beliau, lihat Indah Ruhaila (album).
Indah Ruhaila
IndahRuhaila1.jpg
Indah sewaktu menyertai Anugerah Juara Lagu 29
Latar belakang
Nama lahirSiti Ruhailah binti Hussein
Juga dikenali sebagai
Indah Ruhaila
Kelahiran (1987-07-30) 30 Julai 1987 (umur 32)
Kota Tinggi, Johor, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2008 - sekarang
Syarikat rakaman
Suria Records (2007-2008)

Siti Ruhailah binti Hussein (lahir 30 Julai 1987) atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Indah Ruhaila[1] merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Memulakan kerjaya muziknya pada 2008, Indah melancarkan album studio eponim pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan dalam keluarga berdarah seni, Indah adalah anak ketiga dari 5 orang adik beradik. Beliau merupakan cicit kepada penyanyi veteran, Allahyarhamah Rosiah Chik. Vokalis kumpulan Illusi iaitu Ayai pula merupakan bapa saudaranya. Berasal dari Pasir Gudang, Johor, bersekolah di Sek Men Taman Air Biru. Berpendidikan sekolah agama hingga ke Pendidikan Kelas Khas. Beliau menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Open University, Johor Bahru. Wajah Indah ada iras Cina kerana datuknya (sebelah ibu) berbangsa Cina. Bapanya Hussein Mohamed adalah bekas pemain bolasepak Negeri Johor/Malaysia sekitar tahun 70an & 80an.

Pembabitan awal[sunting | sunting sumber]

Indah mula menunjukkan bakat nyanyiannya di peringkat sekolah bila beliau sering menjadi juara dalam pertandingan karaoke di sekolahnya dan mendapat jemputan membuat persembahan. Indah pernah menyanyi dengan iringan 'live band' nya sendiri di sebuah hotel di Johor Bahru dan beberapa kelab hiburan yang lain sebagai titik mula minatnya dalam nyanyian dengan sokongan keluarganya. Bapanya adalah penyelia muzik dan penyanyi keroncong Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Yayasan Warisan Johor suatu ketika dahulu. Beliau dan bapanya sering mendapat jemputan persembahan keroncong di Istana Johor suatu ketika dulu semasa Almarhum Sultan Iskandar Mahmood masih hidup. Disamping itu beliau juga mula berjinak-jinak memasuki pertandingan nyanyian di sekitar negeri Johor. Selepas beliau berjaya menjuarai sebuah pertandingan nyanyian anjuran Bernas di sebuah pusat membelibelah di Johor Bahru, beliau disunting syarikat rakaman SRC dan menandatangi kontrak. Dari situ bermulalah karier Indah sebagai artis rakaman. Indah pernah merakamkan lagu tema raya berjudul " Di Lebaran Yang Ini " yang sangat indah susunan muziknya kerana mempunyai elemen rentak asli. Beliau pernah menghasilkan sebuah album pada tahun 2008 di bawah naungan syarikat rakaman Suria Records namun kurang menyerlah ketika itu. Kegagalan album pertamanya menyebabkan Indah kembali ke kampung halamannya di Johor Bahru dan bekerja sebagai penyanyi di sebuah lounge di sana.

Menyertai One In A Million & Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Sebelum bergelar artis, Indah Ruhaila pernah menyertai ujibakat OIAM Musim 1 (2006) tetapi hanya layak ke pusingan saringan 50 orang. Beliau bersaing dengan kehadiran artis hebat seperti Dayang Nurfaizah dan Alyah dalam ujibakat tersebut. Kegagalan pada percubaan pertamanya tidak memadamkan minat Indah yang mendalam terhadap bidang nyanyian. Atas dorongan ibunya, pada tahun 2013 beliau menyertai program realiti TV popular Akademi Fantasia (AF2013) dan berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.[2] Single Percayalah ciptaan Aiman yang dibawakan semasa konsert akhir AF2013 telah mendapat sambutan hangat dan berjaya menempatkan diri di pentas pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu 2014 setahun kemudian. [3]

Pasca AF2013[sunting | sunting sumber]

Kesinambungan kejayaan Indah diteruskan pada tahun 2015 dengan kemunculan lagu barunya iaitu Di Sebalik Takdir serta lagu duet bersama Ewal AF2014 berjudul Cerita Cinta Kita. Kedua-dua lagu ini adalah hasil ciptaan Edry Abdul Halim.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  1. Indah Ruhaila (2008)

Single & OST[sunting | sunting sumber]

  1. Percayalah (2013) - album AF2013
  2. Di Sebalik Takdir Sebalik Takdir (2015)
  3. Cerita Cinta Kita (2015) - duet bersama Ewal
  4. Semua Untuk Cinta (2016)
  5. Kau Yang Satu OST Filem 'Kau Yang Satu' (2017)
  6. Pudar (2019)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]