Siti Salbiah Radzuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Biodata

Tiras R atau nama sebenarnya Siti Salbiah Raduan dilahirkan di Pontian, Johor. Mula menulis secara serius selepas menghadiri bengkel penulisan Kepezi. Sebelum itu beliau adalah penyair siber. Banyak puisi beliau termuat dalam halaman siber terutamanya Anjung Café Poem. Selain cerpen dan sajak, beliau juga gemarkan pantun. Siti Salbiah bersekolah rendah dan menengah di beberapa buah sekolah di Batu Pahat dan Pontian. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dalam tahun 1986 (UM). Sarjana Sains Perpustakaan dalam tahun 1991 (UiTM) dan Sarjana Sains Maklumat dalam tahun 2000 (UIAM). Pernah bertugas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebagai Pustakawan Kanan, dan Pengarah Pengurus Ilmu di Universiti Kewangan Islam Global (INCEIF), sebuah universiti yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia. Beliau merupakan ahli Ikatan Persuratan Melayu (IPM)

Karya Yang Telah Diterbitkan 2000-2015

a) Cerpen Eceran

1. Penghujung (Mingguan Malaysia, 10 Jun 2001);

2. Tasawwur (Mingguan Malaysia, 12 Ogos 2001);

3. Harapan Tidak Pernah Mati (Berita Minggu, 4 November 2001);

4. KL Selepas Billerica (Mingguan Malaysia 24 Februari 2002);

5. Selumbar (Dewan Masyarakat, Februari 2003);

6. Yang Indah-indah (Dewan Sastera, September 2003);

7. Surat Fariduddin, Haruman dan Senandika (Dewan Sastera, Julai 2004);

8. Pemula Versi Milenium (Mingguan Malaysia, 26 September 2004);

9. Kidung Akarku (Mingguan Malaysia 10 Julai 2005);

10. Tujuh Di Rabung Awan (Dewan Sastera, Januari 2006);

11. Suara (Mingguan Malaysia, 6 Julai 2014);

12. Kopi Merdeka (BH Ahad, 31 Ogos 2014)

13. Perempuan Simpanan (BH 12 Julai 2015).

Kumpulan Cerpen:

1)Antologi bersama Nasi Ayam Laut Sepinggan (Utusan Pub. & Dist., 2003);

2)Antologi bersama Kepezi I dan Kepezi II (Haqaf Ent., 2004);

3)Antologi bersama Segala Yang Tercinta Ada Di sana (Utusan Pub. & Dist., 2005);

4)Antologi bersama Kalau Kita Menjadi Kayu (Utusan Pub. & Dist., 2006)

b) Puisi

1)Kumpulan Puisi; antologi bersama Graffiti Gratitude (Jakarta: Yayasan Multimedia Sastra, 2001)

Pencapaian/Anugerah 2000-2015

1)Pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan 2001, 2003, 2005

2) Hadiah Sastera Darul Takzim IV, 2003 dan VI, 2007 untuk kategori Cerpen Eceran.

3)Memenangi Sayembara Penulisan ITBM 2 (2015) bagi kategori Kumpulan Cerpen.