Sitkom Senario

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Senario merupakan sitkom komedi Malaysia terbitan TV3. Sitkom ini bersiaran di TV3 dari 1996 hingga 2012. Kemunculan awal sitkom ini dibintangi oleh Azlee, Wahid, Lan Pet Pet, Hamdan, Illya, Shamsul dan Farouk di mana mereka semua merupakan gabungan juara dan naib juara Sinaran Pasport Kegemilangan dari 1994 dan 1995 kecuali Farouk ketika itu menjadi pengacara Sinaran dan disusuli Saiful Apek dan Yassin. Format sitkom ini adalah berbeza daripada sitkom-sitkom lain di mana episod-episod dalam sitkom akan berubah-ubah mengikut keadaan.

Sitkom Senario
Senario2021.png
GenreSitkom
Dibintangi oleh
Kumpulan Senario
Penggubah lagu tema
Jamil Shuib
Lagu pembukaan"Senario"
Lagu penutupDipetik daripada album-album Senario
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Penerbitan
Lokasi
  • Studio Ambang Klasik, Jalan Liku, Bangsar, KL
  • Cinematic Studio, PJ
  • Sri Pentas 2, Shah Alam
Syarikat penerbitan
  • Ambang Klasik (1996-1999)
  • TV3 (2000-2009)
  • Primeworks Studio (2010-2012)
Penyiaran
Saluran asalSistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3)
Format gambar576i (SDTV)
Format audioStereo
Siaran asal1996 – 2012