Situ Gintung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Situ Gintung, 2014

Situ Gintung (bahasa Sunda untuk Tasik Gintung) ialah sebuah tasik buatan berhampiran kecamatan Ciputat di Tangerang, Jawa, Indonesia. Ia dibentuk dengan mendirikan satu empangan setinggi 16 meter (52 ka) yang dibina oleh penjajah Belanda pada 1933. Empangan ini pecah pada 27 Mac 2009, menyebabkan banjir yang mengorbankan sekurang-kurangnya 99 orang.

Banjir 2009[sunting | sunting sumber]

Banjir Situ Gintung 2009
Peta kawasan dibanjiri
Tarikh – 
Tempoh27 Mac 2009
TempatCiputat, Jawa,
Indonesia
LokasiIndonesia Sunting ini di Wikidata
Kematian99+

Kawasan ini mengalami hujan lebat selama beberapa jam pada malam 26 – 27 Mac 2009 yang menyebabkan aras air empangan meningkat, kemungkinannya kerana pintu air ke alur limpah terlalu kecil.[1] Air kemudian melimpahi empangan, menghakis permukaan empangan dan menyebabkan rekahan selebar 70 meter (230 ka) sekitar jam 2 pagi 27 Mac waktu tempatan (7 pm 26 Mac GMT).[2][3][4] Rekahan dilaporkan mula kelihatan di tambak empangan tersebut sejak tengah malam.[5] Pengendali empangan dikatakan membunyikan siren amaran sejurus sebelum empangan tersebut gagal. Agak terlambat, gelombang air setinggi beberapa meter melanda pekan Cirendeu, menghanyutkan kereta, rumah dan sebatang jambatan bata.[2][5] Banjir ini melanda ketika kebanyakan penduduk sedang tidur dan menyebabkan kawasan tersebut ditenggelami air setinggi 2.5 meter (8.2 ka).[2] Sekurang-kurangnya 99 orang diketahui terbunuh manakala 151 lagi disenaraikan hilang.[6] Selain 400 rumah,[4][7] banjir ini turut menenggelami lima terminal kuasa, memotong bekalan air minum ke kecamatan Lebak Bulus yang berhampiran.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Yet Another Tragedy Strikes the Nation". Jakarta Globe. 27 Mac 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-31. Dicapai pada 2009-03-27.
  2. ^ a b c "Indonesia dam burst kills dozens". BBC. 27 Mac 2009. Dicapai pada 2009-03-27.
  3. ^ "Dozens dead after overtopped dam collapses in Indonesia". International Water Power and Dam Construction magazine. 27 Mac 2009. Dicapai pada 2009-03-27.
  4. ^ a b "Indonesian dam burst toll rises". BBC. 28 Mac 2009. Dicapai pada 2009-03-28.
  5. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan australian-2009-03-27 tidak disediakan
  6. ^ "Indonesian dam flood toll rises to 99, 151 missing". RIA Novosti. 30 Mac 2009. Dicapai pada 2009-03-30.
  7. ^ a b "Hundreds of Houses Destroyed in Cireundeu". Tempo Interaktif. 27 Mac 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-30. Dicapai pada 2009-03-27.

Koordinat: 6°18′20″S 106°45′44″E / 6.305658°S 106.762304°E / -6.305658; 106.762304