Pergi ke kandungan

Sivarraajh Chandran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sivarraajh Chandran
சி. சிவராஜ்
Ahli Dewan Negara
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
20 Mac 2023  19 Mac 2026
PenggalPertama
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Cameron Highlands
Dalam jawatan
9 Mei 2018  30 November 2018
Didahului oleh Palanivel Govindasamy
Digantikan oleh Ramli Mohd Nor
Majoriti597 (PRU-14)
Maklumat peribadi
Lahir
Sivarraajh a/l Chandran

(1976-09-16) 16 September 1976 (umur 49)
Perak Lumut, Perak, Malaysia
Parti politik Kongres India Malaysia
PasanganDatin Malathi Annamalai
PertalianChandran Nagalingam (Bapa)
Chandra Kaniappan (Ibu)
AnakVassanthraaj
Sivashini
Tivhashinee
Tempat belajarUniversiti Malaya
Universiti Sains Malaysia
PekerjaanAhli politik

Dato' Sivarraajh Chandran (DSC) (lahir 16 September 1976) adalah ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara lantikan Yang di-Pertuan Agong selama sepenggal (2023-2026).

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 16 September 1976 di Lumut, Perak dan membesar di Ipoh, Perak dan pernah bersekolah di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh. Sivarrajh memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Hons) [1] daripada Universiti Malaya dan kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah Sarjana dalam Sains Politik (Kajian Impak Dasar Model Ekonomi Baru) di Universiti Sains Malaysia. Kepakaran dalam bidang ekonomi membantu beliau menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, beliau dapat memahami impak kehidupan yang serba kekurangan dalam memenuhi keperluan harian. Ayahnya Chandran Nagalingam merupakan seorang bekas pekerja Am di Telekom Malaysia manakala ibunya Chandra Kaniappan seorang suri rumah dan mempunyai dua orang adik-beradik yang bernama Sri Ganesh dan Khayathry. Sivarraajh berkahwin dengan Malathi Annamalai dan mempunyai tiga orang cahaya mata, mereka adalah Vassanthraaj, Sivashini dan Tivhashinee.

Penglibatan politik beliau bermula pada tahun 2004 sebagai ahli Malaysian Indian Congress (MIC). Kemudian dilantik sebagai Setiausaha Agung pemuda MIC pada tahun 2008 hingga 2013. [2] Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Sivarraajh telah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong, Perak, tetapi tewas kepada calon DAP Sivasubramaniam Athinarayanan. [3] [4]

Seterusnya, dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan dan merangkap Naib Ketua Pemuda Barisan Nasional dari tahun 2013 sehingga sekarang.[5] Sivarraajh juga merupakan salah seorang Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Jabatan Perdana Menteri Malaysia selama 3 tahun. [6]

Selain daripada itu, awal 2017 Sivarraajh diberi mandat untuk menjadi Penyelaras Parlimen Cameron Highlands untuk memahami dan memeta keperluan masyarakat untuk membolehkan peruntukan sumber yang strategik dan kini berfungsi dari Pejabat (Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen) Tanah Rata, Cameron Highlands. [7] [8]

Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada 9 Mei 2018 lalu. Namun, kemenangan beliau telah dibatalkan pada 30 November 2018 oleh Hakim Datuk Azizah Nawawi.[9]

MIC Youth Disaster Aid Centre (MYDAC)

[sunting | sunting sumber]

Sebagai Ketua Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan, Sivarraajh telah menubuhkan MIC Youth Disaster Aid Centre (MYDAC) pada tahun 2014 untuk membolehkan penyediaan & tindakan diambil dengan lebih teratur dan terancang untuk membantu mangsa bencana alam pada bila-bila masa. [10]

Malaysian Indian Youth Consultative Council (MIYCC)

[sunting | sunting sumber]

Beliau juga telah mengasaskan dan menyadang jawatan penasihat kepada Malaysian Indian Youth Consultative Council/Majlis Perundingan Belia India Malaysia (MIYCC) sejak 2014 hingga kini. MIYCC membabitkan individu dari pelbagai latar belakang yang menjadi ikon kepada masyarakat India dengan penglibatan, kepakaran, pengalaman dan kejayaan dalam bidang yang diceburi yang menjadi badan rujukan, rundingan, penasihatan, cadangan, bimbingan dan kerjasama Pemuda MIC Kebangsaan ke arah memperkasakan masa depan belia India di Malaysia. [11] Majlis ini dianggotai oleh ikon-ikon masyarakat India seperti Datuk Dr. Jeyaindran (Timbalan Ketua Pengarah, Kesihatan), Dato' Param (Bekas DCP, PDRM), Datuk Bhupat Rai (Ahli Lembaga Pengarah, Bank Antarabangsa India), En. Ravindran Devagunam (Pengarah, PEMANDU), Profesor Sivamurugan Pandian (USM), Dato’ CM Vignaesvaran (Ketua Eksekutif, PSMB), dan lima orang lagi. Beliau berjaya melancarkan Pelan Tindakan Belia India Malaysia di bawah MIYCC pada bulan Oktober 2016 selaras dengan inisiatif Perdana Menteri untuk merangka Pelan Tindakan Masyarakat India (Malaysian Indian Blueprint). [12]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Perak[13][14][15]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2013 N30 Buntong Sivarraajh Chandran (MIC) 4,433 24.36% Sivasubramaniam Athinarayanan (DAP) 13,062 71.79% 18,195 8,629 79.80%
Iruthiyam Sebastiar Anthonisamy (Bebas) 312 1.43%
Mohd Basri Shafie (Bebas) 127 0.70%
Parlimen Malaysia[15]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2018 P078 Cameron Highlands Sivarraajh Chandran (MIC) 10,307 42.30% Manogaran Marimuthu (DAP) 9,710 39.85% 24,365 597 76.03%
Wan Mahadir Wan Mahmud (PAS) 3,587 14.72%
Suresh Kumar Balasubramaniam (PSM) 680 2.79%
Mohd Tahir Kassim (BERJASA) 81 0.33%
2022 P017 Padang Serai Sivarraajh Chandran (MIC) 2,983 3.26% Azman Nasrudin (BERSATU) 51,637 56.49% 91,416 16,260 68.95%
Mohamad Sofee Razak (PKR) 35,377 38.70%
Sreanandha Rao (Bebas) 846 0.93%
Hamzah Abd Rahman (PEJUANG) 424 0.46%
Mohd Bakhri Hashim (WARISAN) 149 0.16%

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]
  1. Sivarraajh goes for Youth top post The Star Online, Kuala Lumpur, 6 November 2013
  2. Jawatan Setiausaha MIC Dikembalikan Semula Kepada C.Sivarraajh, MStar, Kuala Lumpur,31 Januari 2012
  3. MIC Youth demands for more seats in GE14, The Malaysian Times, Kuala Lumpur 15 October 2016
  4. Showdown looming in MIC Youth, The Star Online, Kuala Lumpur, 7 November 2013
  5. Mohana, Sivarraajh Ketua Wanita, Pemuda MIC, Utusan Online, Kuala Lumpur, 16 November 2013
  6. SIVARRAAJH UMUM MANIFESTO PEMBANGUNAN PEMUDA INDIA, New Malaysian Post, 14 November 2013
  7. Umno terima Sivarraajh di Cameron Highlands, Sinaran Harian, 6 Oktober 2017
  8. Tenaga buruh Cameron Highlands berkurangan - Sivarraajh, Utusan Online, 23 Januari 2018
  9. Mahkamah batal kemenangan BN di Cameron Highlands
  10. MIC Youth launches MyDAC to help out flood victims, The Sun Daily, Kuala Lumpur, 30 December 2014
  11. MIC Youth to send special report on Indians to PM’s Office, The Rakyat Post, Kuala Lumpur, 16 Jan 2014
  12. MIYCC Rangka Pelan Tindakan Pembangunan Belia India Malaysia 2016-2018, Bernama,Kuala Lumpur, 10 Februari 2016
  13. "Pilihan raya umum Malaysia". Data pilihan raya Malaysia infoundi. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan-keputusan PRU sejak 2004.
  14. "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE – 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Jumlah peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  15. 1 2 "The Star Online Pilihan raya umum Malaysia ke-14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Jumlah peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.