Sixth Street

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sixth Street
EP oleh
Dilancarkan pada7 Mei 2013 (2013-05-07)[1]
Dirakamkan pada2012-2013
GenrePop
Panjang18:16
SyarikatThe Verve Music Group
Kronologi Yuna
Yuna
(2012)
Sixth Street
(2013)
Nocturnal
(2013)
Single daripada Yuna
  1. "Let Love Come Through"
    Dikeluarkan: 25 April 2013
  2. "I Wanna Go"
    Dikeluarkan: 17 Jun 2013
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sixth Street merupakan album EP oleh penyanyi wanita Malaysia, Yuna yang dikeuarkan pada 7 Mei 2013 di Amerika Syarikat oleh Verve Records.[2] Lagu "Let Love Come Through" dan "I Wanna Go" dikeluarkan sebagai single utama EP ini. "I Wanna Go" kemudiannya dimuatkan dalam album Nocturnal yang dikeluarkan pada Oktober 2013.[3]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sixth Street diumumkan secara rasmi oleh Yuna pada April 2013.[4] Ia merupakan EP kedua Yuna yang dikeluarkan pada 7 Jun 2013 selepas EP pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album yang dikeluarkan pada 2008. Beliau menjelaskan: "Sixth Street mungkin merupakan satu lembaran baru bagi saya. Semua lagu ditulis di apartmen saya di mana saya paling selesa, dan pada ketika itu saya memahami siapa saya dan tahu apa yang saya rasa tentang kehidupan."[5] EP merupakan rakaman pertama Yuna setelah mengikat kontrak rakaman dengan Verve Music Group milik David Foster selepas meninggalkan Fader Label.[3]

Single[sunting | sunting sumber]

"Let Love Come Through" duet bersama Kyle dikeluarkan sebagai single pertama untuk Sixth Street.[6]

"I Wanna Go" dikeluarkan pada 17 Jun 2013 sebagai single kedua.[7] Lagu ini kemudiannya dimuatkan dalam album Nocturnal yang dikeluarkan lima bulan kemudian.[3]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Sixth Street menerima ulasan positif daripada pengkritik muzik. Kenneth Chaw dari The Star Online menulis: "Semua rakyat Malaysia pasti perlu memuat turun satu salinan album. Tetapi lebih daripada sekadar sokongan untuk bakat tempatan, Sixth Street mempunyai semua perkara yang kita suka mengenainya (Yuna),".[8] Shelby Lum dari The Lantern pula mengulas: "Beliau (Yuna) menyentuh kedalaman terlalu banyak seperti muzik latar belakang di Sixth Street. Adakah anda mendengarnya di lif, tidak, tetapi anda pasti mendengarnya di kedai."[9] Chanun Poomsawai dari The Bangkok Post berkata: "Tidak seperti album sulungnya, Sixth Street bersandar pada bahagian yang lebih jazzy. Nasib baik, walaupun, Yuna mempunyai suara yang unik yang menghalangnya daripada menjadi pesta bossa nova secara keseluruhan,".[10]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukPenulisMasa
1."I Wanna Go"Yuna3:42
2."Right Again"Yuna3:24
3."Let Love Come Through"Yuna, Kyle3:49
4."Young"Yuna3:14
5."Musician"Yuna4:17


Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Amerika Syarikat 7 Mei 2013 Muat turun digital
Penstriman digital[11]
Verve Music Group

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ iTunes - Music - Sixth Street by Yuna iTunes Store (United States). Dicapai pada 9 Jun 2017.
  2. ^ Yuna kembali dengan Sixth Street Media Hiburan (10 April 2013). Dicapai pada 7 April 2014.
  3. ^ a b c Angelin Yeoh (14 April 2013). A new chapter Diarkibkan 2019-10-10 di Wayback Machine The Star Online. Dicapai pada 9 Jun 2017.
  4. ^ Budiey (9 April 2013). Yuna to release Sixth Street Sensasi Selebriti. Dicapai pada 7 April 2014.
  5. ^ Yuna releases 'Sixth Street' EP Next 2 Shine. Dicapai pada 9 Jun 2017.
  6. ^ Robbie Daw (25 April 2013). Yuna’s ‘Sixth Street’ EP Song “Let Love Come Through” Featuring Kyle: Idolator Premiere Idolator. Dicapai pada 9 April 2014.
  7. ^ Paul Cantor (April 18, 2013). Yuna ‘I Wanna Go’ — Malaysian Singer Preps ‘Sixth Street’ EP on Verve Records The Boombox. Retrieved on June 9, 2017.
  8. ^ Kenneth Chaw (5 Mei 2013). Sixth Street: Music Reviews The Star Online. Dicapai pada 7 April 2014.
  9. ^ Shelby Lum (8 Mei 2013). Album review: Yuna creates background like music in Sixth Street The Lantern. Dicapai pada 7 April 2014.
  10. ^ Chanun Poomsawai (23 Jun 2013). The ride is smooth with yuna down 'Sixth Street' The Bangkok Post. Dicapai pada 9 April 2014.
  11. ^ Yuna - Sixth Street EP on Spotify Spotify. (7 Mei 2013). Dicapai pada 7 April 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]