Skala Rankine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rankine
Unit bagiSuhu
Simbol°R, °Ra 
Dinamakan sempenaWilliam John Macquorn Rankine

Skala Rankine (/ˈræŋkɪn/) ialah suatu skala mutlak bagi suhu termodinamik yang dinamakan sempena jurutera dan ahli fizik Universiti Glasgow William John Macquorn Rankine, yang mengusulkannya pada tahun 1859 (skala Kelvin kali pertama diusulkan pada tahun 1848).[1] Skala ini digunakan dalam sistem kejuruteraan di mana pengiraan haba dilakukan menggunakan darjah Fahrenheit.

Simbol bagi darjah Rankine ialah °R[2] (atau °Ra jika perlu membezakannya daripada skala Rømer dan Réaumur). Dengan beranalogi kepada unit SI, kelvin, beberapa pengarang mengistilahkan unit rankine, membuang simbol darjah.[3][4] Sifar pada kedua-dua skala Kelvin dan Rankine adalah sifar mutlak, tetapi perbezaan suhu bagi satu darjah Rankine ditakrifkan sama dengan satu darjah Fahrenheit, berbanding darjah Celsius yang digunakan pada skala Kelvin. Oleh itu, suhu 0 K (−273.15 °C; −459.67 °F) adalah sama dengan 0 °R, dan suhu −458.67 °F sama dengan 1 °R.

Beberapa suhu penting berkaitan skala Rankine dengan skala suhu lain ditunjuk di jadual di bawah.

Kelvin Celsius Fahrenheit Rankine
Sifar mutlak
(mengikut takrifam)
0 K −273.15 °C −459.67 °F 0 °R
Takat beku air garam
(takat sifar skala Fahrenheit, takrifan lama)
255.37 K −17.78 °C 0 °F 459.67 °R
Takat beku air[Nota 1] 273.15 K 0 °C 32 °F 491.67 °R
Takat didih air[Nota 2] 373.1339 K 99.9839 °C 211.97102 °F 671.64102 °R

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Takat ais bagi air tulen telah diukur 0.000089(10) darjah Celsius – lihat Magnum 1995
  2. ^ Bagi Air Lautan Min Piawai Vienna pada satu atmosfera piawai (101.325 kPa) apabila ditentu ukur semata-mata per takrifan dua takat suhu termodinamik. Takrifan lama skaka Celsius pernah mentakrifkan takat didih air di bawah satu atmosfera piawai sebagai tepat 100 °C. Walau bagaimanapun, hasil takrifan kini dalam takat didih iaitu sebenarnya 16.1 mK kurant. Untuk mengetahui lanjut tentang takat didih air yang sebenar, lihat VSMOW dalam ukuran suhu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Balmer, Robert (2011). Modern Engineering Thermodynamics. Oxford: Elsevier Inc. ISBN 978-0-12-374996-3.
  • Magnum, B.W. (June 1995). "Reproducibility of the Temperature of the Ice Point in Routine Measurements" (PDF). Nist Technical Note. 1411. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 2007-03-07. Dicapai pada 2007-02-11.
  • Pauken, Michael (2011). Thermodynamics For Dummies. Indianapolis: Wiley Publishing Inc. ISBN 978-1-118-00291-9.
  • Thompson, Ambler; Taylor, Barry N. (2008). "Guide for the use of the International System of Units (SI)" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). doi:10.6028/nist.sp.811e2008. Dicapai pada 2019-11-07.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Templat:Measurement-stub