Skandal Kaset

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Skandal Kaset ( Ukraine : Касетний скандал ) atau 'Tapegate' atau 'Kuchmagate' , meletus pada tahun 2000 melibatkan sejarah politik Ukraine selepas merdeka . Ekoran skandal ini, orientasi politik Ukraine berubah dari Rusia kepada Barat dan merosakkan kerjaya Presiden Ukraine Leonid Kuchma .

Skandal ini bermula pada 28 November 2000, di Kiev , apabila ahli politik Ukraine Oleksandr Moroz secara terbuka menuduh Presiden Kuchma terlibat dalam penculikan wartawan Georgiy Gongadze dan pelbagai jenayah lain. Moroz menamakan bekas pengawal peribadi Kuchma ,Mejar Mykola Melnychenko sebagai sumber.

Akibat[sunting | sunting sumber]

Georgiy Gongadze, wartawan adalah pengasas sebuah akhbar internet popular 'Ukrayinska Pravda' telah diculik dan dibunuh pada tahun 2000.

Skandal ini menimbulkan krisis, dengan bantahan besar-besaran di Kiev dari 15 Disember 2000-9 Mac 2001. Pembangkang mula berkempen tanpa keganasan yang dipanggil 'UBK' ("Ukraine tanpa Kuchma!"). Mereka menuntut peletakan jawatan Kuchma .

Pada tahun 2002, kerajaan Amerika Syarikat dan negara-negara lain terpanggil dengan maklumat bahawa sistem pertahanan canggih Ukraine "Kol'chuha" telah dipindahkan kepada Saddam Hussein, Presiden Iraq . Hasilnya, Leonid Kuchma telah diboikot oleh kerajaan Barat . Beliau diseranga ketika melawat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara semasa sidang kemuncak yang berlangsung pada 21-22 November 2002 di Prague . Nama Kuchma tidak diletakkan di sebelah Tony Blair dan George W. Bush .

Kuchma digambarkan sebagai kurang ajar dan suka menyakiti, menggunakan lexics kotor dan bercakap campuran aneh bahasa Rusia dan bahasa Ukraine.

Ekoran pelbagai kecaman terhadap beliau, beliau meningkatkan integrasi dengan Rusia, memandangkan bahawa pemimpin yang baru, Vladimir Putin terus menyokong Kuchma dan enggan mengakui dakwaan tersebut.

Pada September 2003, tentera Ukraine bergabung tentera AS di Iraq yang ditafsir sebagai cuba meningkatkan hubungan dengan Barat. Sejak itu, hubungan peringkat tinggi sebahagiannya dipulihkan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]