Skandal bola sepak Malaysia 1994

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Skandal rasuah bola sepak Malaysia 1994 ialah skandal sukan di Malaysia yang mana arena bola sepak tanah air telah dikejutkan dengan kes rasuah pada 1994.[1] Ramai peminat bola sepak menyalahkan skandal tersebut sebagai pemangkin kepada kejatuhan bola sepak Malaysia.[2][3]

Pada masa itu, terdapat lebih daripada 100 pemain dan jurulatih yang disyaki mengatur keputusan perlawanan dalam kejohanan bola sepak tempatan Piala Malaysia dan Liga Perdana telah ditahan oleh pihak berkuasa dan disoal siasat. Akibatnya, 58 daripada mereka telah digantung selama setahun sehingga 4 tahun oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Sejumlah 21 pemain dan jurulatih telah dipecat sementara pemain lain telah digugurkan seumur hidup dan tidak dibenarkan bertanding dalam sebarang pertandingan bola sepak oleh FAM.[4]

Pada tahun 2016, 22 tahun selepas skandal itu, 84 pemain yang digantung telah diberi pengampunan oleh FAM.[5][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Azizul Fahmi (26 Disember 2008). "Pembunuh bola sepak negara". Harian Metro. Dicapai pada 3 Ogos 2018.
  2. ^ "Good money, bad money". The Economist. 4 Jun 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2018. Dicapai pada 4 Jun 2018.
  3. ^ Johannan Sim (25 Mei 2016). "The 1994 scandal that destroyed Malaysian football". cilisos.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2018. Dicapai pada 4 June 2018.
  4. ^ Irma Musliana (16 April 2016). "APA JADI PADA 1994 YANG MERANAPKAN BOLASEPAK KITA? DAN 8 LAGI FAKTA SEJARAH BOLASEPAK MALAYSIA". soscili.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2020. Dicapai pada 16 April 2016.
  5. ^ Eric Samuel (9 Mei 2016). "FAM lift bans on 84 involved in 1994 match-fixing scandal". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2019. Dicapai pada 9 Mei 2016.
  6. ^ N. Faizal Ghazali (10 Mei 2016). "Rasuah bola sepak: 23 tahun seksa memanjang". Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Ogos 2016.