Pergi ke kandungan

Skandal lesen perlombongan Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Skandal lesen perlombongan Sabah 2024–2025 merupakan satu skandal rasuah melibatkan industri perlombongan di Sabah pada tahun 2024 hingga 2025. Skandal ini telah menjadi isu utama menjelang pilihan raya negeri Sabah 2025. Isu ini mendedahkan tuduhan rasuah yang melibatkan beberapa ahli politik daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Pendedahan ini berasal daripada Datuk Albert Tei Jiann Cheing, seorang ahli perniagaan Sabah yang mendakwa memiliki bukti video dan audio yang menunjukkan aktiviti rasuah melibatkan pemimpin politik negeri.[1]

Kronologi

[sunting | sunting sumber]

Oktober 2024: Dedahan video klip skandal rasuah ADUN Sabah

[sunting | sunting sumber]

Malaysiakini, salah sebuah akhbar tempatan mendedahkan klip audio yang didakwa melibatkan "rasuah ADUN" berjumlah RM500,000, namun tidak menyebut negeri atau individu terlibat. Klip itu dikaitkan dengan ADUN Sindumin, YB Yusof Yacob yang menafikan penglibatan, mendakwa suaranya mungkin dimanipulasi teknologi AI. Media sosial menyebarkan maklumat tambahan, mengaitkan ADUN Sabah serta bekas CEO GLC Sabah dalam kartel perlombongan mineral, yang kononnya dibongkar setelah seorang broker dari Semenanjung kecewa projeknya dibatalkan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Rasuah lesen cari gali: Dua ADUN, seorang ahli perniagaan akan didakwa hari ini". Berita Harian. 30 Jun 2025. Dicapai pada 26 November 2025.