Skarab (artifak)


Skarab ialah azimat dan cap meterai yang rupanya seperti kumbang tahi atau skarab dan digunakan di Mesir purba untuk pelbagai tujuan. Artifak jenis ini masih terpelihara dalam jumlah yang banyak hari ini, dan inskripsi serta tipologinya penting untuk ahli arkeologi dan ahli sejarah yang mengkaji Mesir purba, kerana ia merupakan sejumlah besar keseniannya.[1]
Skarab dipakai sebagai perhiasan atau digunakan sebagai meterai untuk tujuan peribadi atau pentadbiran. Beberapa skarab dibuat untuk meraikan acara atau pencapaian diraja. Ia juga digunakan dalam upacara keagamaan dan dalam amalan pengebumian Mesir.[2]
Pertarikhan dan evolusi
[sunting | sunting sumber]Kerana kaitannya dengan dewa Mesir Khepri, azimat berbentuk kumbang skarab sangat popular menjelang awal Kerajaan Pertengahan sekitar 2000 SM, dan terus popular sepanjang zaman firaun dan bahkan selepas tempoh itu.[3]
Bermula pada Zaman Gangsa pertengahan, tamadun purba lain di Mediterranean dan Timur Tengah juga mengimport skarab dari Mesir dan membuat skarab mereka sendiri dalam gaya Mesir atau tempatan, terutamanya di wilayah Levant.[4]
Menjelang akhir Tempoh Perantaraan Pertama atau sekitar 2055 SM, skarab telah menjadi sangat lazim, menggantikan meterai silinder dan "cap butan" dengan reka bentuk geometris yang mudah. Skarab selalunya terukir nama firaun atau orang penting lain. Di Kerajaan Pertengahan, skarab juga digunakan sebagai meterai rasmi, diukir dengan nama dan gelaran pegawai. Semasa Kerajaan Baru dan Tempoh Pertengahan Ketiga, skarab dengan doa atau cogan kata menjadi popular, namun skarab-skarab ini sukar diterjemahkan. Beberapa skarab malah menunjukkan gambar adegan memburu.[5]
Penerangan dan bahan
[sunting | sunting sumber]Skarab selalunya diukir atau diacu dengan rupa kumbang skarab (lazimnya dicam sebagai Scarabaeus sacer) dengan kepala, sarung sayap, dan kaki kumbang dan mempunyai bahagian bawah yang rata. Objek ini dihiasi dengan corak atau hieroglif di bahagian bawah untuk membuat meterai. Skarab sering ditebuk dari satu hujung ke hujung supaya ia boleh dipakaikan pada tali atau diletakkan di dalam cincin. Saiznya berbeza-beza, dengan yang standard antara 6 mm hingga 40 mm dan kebanyakannya antara 10 hingga 20 milimeter panjang. Namun yang lebih besar juga dibuat untuk majlis khas, seperti yang dibuat untuk Amenhotep III.[6]
Gallery
[sunting | sunting sumber]- Cincin cap, dengan kartusy Firaun Tutankhamun
- Acuan untuk skarab, MET
- Skarab moden yang dihasilkan untuk dijual kepad pelancong
- Skarab Etruscan karnelian 500–450 SM
- Lokasi skarab diraja Sheshi di Levant, Mesir dan Nubia. Skarab adalah satu-satunya bukti pemerintahan baginda
- Jenis-jenis skarab, "Scarab" Petrie
- Pengenalan simetri, skarab, "A History of Egypt" Petrie
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Ancient Egyptian Scarabs: 10 Curated Facts to Know". TheCollector (dalam bahasa Inggeris). 2021-08-20. Dicapai pada 2024-03-18.
- ↑ "Heart Scarab". JHU Archaeological Museum (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-01.
- ↑ Museum, Egypt (2023-10-21). "Brooch of Ancient Egyptian Scarab in a Modern Winged Mount". Egypt Museum (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada 2024-03-18.
- ↑ Ben-Tor, Daphna. "Egyptian-Levantine Relations and Chronology in the MBA: Scarab Research". Academia.
- ↑ "Scarab Inscribed with Blessing Related to Amun | New Kingdom–Third Intermediate Period". The Metropolitan Museum of Art (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-18.
- ↑ "A Dictionary of Greek and Roman Antiquities (1890), SCALPTURA". www.perseus.tufts.edu. Dicapai pada 2024-03-18.
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Andrews, Carol, 1994. Amulets of Ancient Egypt, chapter 4: Scarabs for the living and funerary Scarabs, pp. 50–59, Andrews, Carol, 1993, University of Texas Press; (softcover, ISBN 0-292-70464-X)
- "Ancient Egyptian Scarab Amulet with Wings". australianmuseum.net.au. 22 September 2009. Dicapai pada 18 September 2013.
- Ben-Tor, Daphna. "Egyptian-Levantine Relations And Chronology In The Middle Bronze Age: Scarab Research." The Synchronisation Of Civilisations In The Eastern Mediterranean In The Second Millennium B.C. II. N.p.: n.p., n.d. 239". Academia.edu. Dicapai pada 17 September 2013.
- Blankenberg-van Delden, C., 1969. The large commemorative Scarabs of Amenhotep III. Documenta et Monumenta Orientis Antiqui, Vol. 15. Leiden: E.J. Brill. ISBN 978-90-04-00474-0.
- Budge, 1977, (1926). The Dwellers on the Nile, E. A. Wallis Budge, (Dover Publications), c 1977, (originally, c 1926, by Religious Tract Society, titled as: The Dwellers on the Nile: Chapter of the Life, History, Religion and Literature of the Ancient-Egyptians); pp 265–268: "account of the hunting of wild cattle by Amenhetep III", "taken from a great Scarab"; (there are 16 registers-(lines) of hieroglyphs); (softcover, ISBN 0-486-23501-7)
- Evans, Elaine A. (17 April 1997). "Sacred Scarab". McClung Museum. N.p. Dicapai pada 17 September 2013.
- Kerrigan, Michael. "Tiy's Wedding Scarab." The Ancients in Their Own Words. N.p.: Fall River, 2009. 54–55. Print.
- Newberry, Percy E. (1908). Scarabs: an introduction to the study of Egyptian seals and signet rings. University of Liverpool. Institute of archaeology. Egyptian antiquities. London: Archibald Constable & Co. With forty-four plates and one hundred and sixteen illustrations.
- Patch, Diana Craig. "Exhibitions: Magic in Miniature: Ancient Egyptian Scarabs, Seals & Amulets". Brooklyn Museum Archive, n.d. Dicapai pada 18 September 2013.
- Schulz, R., Seidel, M. Egypt, The World of the Pharaohs, Eds. Regine Schulz and Matthias Seidel, (w/ 34 contributing Authors), (Konemann, Germany), c 1998. ( 2 ) Scarab seals, (as impression seals), (Top/Bottom, 1.5 cm), and "Commemorative Scarab" of Amenhotep III, (Top/Bottom hieroglyphs), p. 353. (hardcover, ISBN 3-89508-913-3)
- Sparavigna, Amelia Carolina (2009). "Ancient Egyptian Seals and Scarabs". The Ancient Seals. SSRN 2823472.
- "Stamp Scarab Seal with Winged Figures [Levant or Syria] (Bequest of W. Gedney Beatty 1941 (41.160.162))". Heilbrunn Timeline of Art History. The Metropolitan Museum of Art. 4 September 2013. Dicapai pada 18 September 2013.
- Ward, John, and F. L. Griffith. The Sacred Beetle: A Popular Treatise on Egyptian Scarabs in Art and History. Five hundred examples of Scarabs and cylinders, the translations by F. Llewellyn Griffith. London: John Murray, 1902. Templat:Oclc
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- 1.1 cm Scaraboid impression seal. Hapi, Nile god holding Water-vessel, and kneeling on hieroglyph for "Lord", "Lord of the Nile". (Click on picture. Top, and bottom views.)
- 'Positive-impression' cowrie-Scaraboid. Collection of Ten Scaraboid seals. (Click on picture. Top, and bottom views.)
- Hatshepsut: from Queen to Pharaoh, an exhibition catalog from The Metropolitan Museum of Art (fully available online as PDF), which contains a significant amount of material on Scarabs (see index)
- Scarab Beetles and the people of Ancient Egypt Great video on Scarab Beetles.
- Heart Scarab Amulet Picture of a Heart Scarab Amulet from the British Museum
- Scarab-Meaning