Skewb

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah Skewb

Skewb ialah sebuah mainan teka-teki mekanik yang berputar melalui bucu dalam gaya Kiub Rubik. Skewb merupakan sebuah modifikasi bentuk Piraminks; Skewb menggunakan mekanisma yang sama dengan Piraminks.[1]Mengetahui cara penyelesaian Piraminks dapat membantu untuk menyelesaikan Skewb.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Skewb dicipta oleh Tony Durham dan dipasarkan oleh Uwe Mèffert. Pada awal pemasaran, Skewb dijual di bawah nama "Kiub Piraminks" untuk menunjukkan bahawa Skewb adalah sebahagian daripada siri mainan teka-teki mekanik Uwe Mèffert bertemakan Piraminks.

Nama Skewb direka oleh Douglas Hofstadter dalam lajur Scientific Americannya, Matemagical Themas pada Julai, 1982. Uwe Mèffert menyukai nama tersebut dan menukarkan nama Kiub Piraminks kepada Skewb dan juga menamakan beberapa mainan teka-tekinya dengan Skewb dalam nama mainan-mainan tersebut.[2]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Skewb terdiri daripada 14 bahagian, iaitu 8 bahagian bucu dan 6 bahagian pusat. Setiap bahagian pusat hanya mempunyai 1 warna, manakala setiap bahagian bucu mempunyai 3 warna.

Walaupun berbentuk kubus, struktur Skewb berlainan daripada Kiub Rubik kerana putaran paksinya melalui bucunya, menjadikan Skewb mainan teka-teki mekanik berpotongan dalam yang memberi kesan kepada semua permukaan apabila dicampurkan. [1]

Rekod dunia[sunting | sunting sumber]

Rekod dunia bagi masa penyelesaian terpantas dimiliki oleh Andrew Huang dari Australia dengan masa 0.93 saat di pertandingan Kejohanan Dunia PKD 2019.[3]

Rekod dunia bagi purata masa daripada tiga masa tengah daripada lima penyelesaian terpantas dimiliki oleh Łukasz Burliga dari Poland dengan purata masa 2.03 saat di pertandingan CFL Santa Claus Cube Race 2017.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Mainan teka-teki mekanik lain:

Nota[sunting | sunting sumber]