Skrin Sentuh Hati Eryna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Skrin Sentuh Hati Eryna
Genre
Ditulis olehChe Li
PengarahZek Zukri
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanBahagia Kasih - Tina Rasid
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitRaja Idris
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Bright Network Sdn bhd
Penyiaran
Saluran asalTV1 (Slot Widuri)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal27 Julai 2019 – 17 Ogos 2019

Skrin Sentuh Hati Eryna ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Zek Zukri, di bintangi oleh Nazeera Sardi, dan Naufal Hatta. Siri ini memulakan tayangan di Slot Widuri, TV1 27 Julai 2019 menggantikan Nota Buat Cempaka

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Eryna anak tunggal Datin Helena, ahli perniagaan berjaya yang telah jatuh hati Fendi namun dihalang oleh Datin Helena kerana tidak mahu anaknya dipergunakan Fendy. Demi Fendy, Eryna telah tinggalkan rumah dan memutuskan persahabatannya dengan kawan baiknya, Anis. Satu hari Eryna mula rasa ditipu dan menyesal kerana mengabaikan nasihat ibu dan rakannya. Dia mahu kembali ke pangkuan mereka. Fendy yang ditinggalkan berdendam kepada Eryna dan ibunya.

Sementara itu Ustaz Fattah adalah guru agama yang baru pulang dari Yaman dan mengajar Al-Quran di masjid. Dia didekati oleh Ustazah Eisya yang mahu menyertai kelas Al-Quran itu. Ustaz Fattah dan keluarganya berhasrat membuka sebuah pusat pengajian Al-Quran dengan pengurusan yang lebih teratur dan modul yang berkualiti. Mereka membeli bangunan dan Ustaz Fattah mendapat sokongan penuh dari ibu dan abangnya yang sangat yakin setelah Ustaz Fattah membina nama dan reputasi dari media sosial.

Ustaz Fattah pula merasa tertekan kerana keluarganya mula mendesak dia berkahwin dengan Ustazah Eisya. Ustaz Fattah mahu mengutamakan kelas bacaan AlQuran itu melahirkan generasi yang berilmu. Urusan perniagaan mempertemukan dia dengan Eryna dan ketampanan Ustaz Fattah membuatkan Eryna terpaut hati.

Syarikat milik keluarga Ustaz Fattah setuju berkerjasama dengan syarikat Helena bagi membina hotel patuh syariah. Eryna gembira dan mahu mengenali Ustaz Fattah dengan lebih rapat. Eryna tiba-tiba berubah dan mula meninggalkan kemungkaran.

Sejak perkenalan dengan Fattah, Eryna mula memberi sepenuh perhatian kepada dirinya dan syarikatnya. Dia menunjukkan minatnya terhadap Ustaz Fattah namun tiada respon yang positif sehinggalah Eryna bertudung bagi menarik perhatiannya. Malangnya, Ustaz Fattah seringkali lebih mementingkan perbincangan tentang kelas Al-Quran bersama Ustazah Eisya.

Eryna cuba menunjukkan bahawa dia telah berubah namun Helena yakin ia hanyalah luaran semata-mata. Eryna dan Ustaz Fattah semakin akrab dan mesra setelah kerap bertemu. Eryna meyakinkan ibunya dan rakan-rakan bahawa dia sudah berhijrah. Ustaz Fattah pula menafikan yang dia telah jatuh cinta dengan Eryna tanpa dia sedari bahawa ibunya sedang mengaturkan dia dengan Ustazah Eisya. Fendy pula kembali menghantui hidup Eryna dan mahu merosakkan hubungannya dengan Ustaz Fattah.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Nazeera Sardi sebagai Eryna
  • Naufal Hatta sebagai Ustaz Fattah
  • Jasmin Hamid sebagai Helena
  • Kuza sebagai Nur Kasih
  • Faralyna Idris sebagai Ustazah Eisya Zulaikha
  • Safwan Idris sebagai Faizal
  • Tina Rasyid sebagai Amy
  • Mak Wan sebagai Mariam
  • Fanna Azizan sebagai Hanis
  • Muhangku sebagai Khusyairi
  • Che Mat Rajalawak sebagai Fendi

Rujukan[sunting | sunting sumber]