Skuad GAHMUDA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Skuad GAHMUDA (English: GAHMUDA squad) merupakan sebuah pasukan sukarela di Sabah, Malaysia yang menjadi platform kepada penggerak pemuda dan penyokongnya serta anak muda di negeri Sabah. Skuad ini telah ditubuhkan oleh Pertubuhan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah. Fairuz Renddan berkata, skuad GAHMUDA ditubuhkan bagi menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan masa mencakupi isu kebajikan rakyat, bencana alam, kemalangan, malapetaka dan seumpamanya. “Setakat ini (2 Mei 2023) Skuad GAHMUDA menerima 300 permohonan keahlian dan sasaran kami adalah 20 ribu penyertaan dari anak muda Sabah,” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat kali pertama di Ibu Pejabat Parti Gagasan Rakyat Sabah di Alamesra, dekat sini, hari Selasa. Sehubungan dengan itu, Fairuz Renddan mengalu-alukan kebersamaan anak muda bagi sama-sama menyemarakkan semangat kesukarelawanan melalui wadah GAHMUDA. “Pemuda Gagasan Rakyat akan sentiasa memperjuangkan isu-isu anak muda Sabah bagi memastikan golongan ini akan sentiasa terbela dan terjaga haknya,” katanya.[1][2]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Fairuz umum penubuhan skuad GAHMUDA". Gagasan Rakyat. 2023-05-02.
  2. ^ "Pemuda Gagasan Rakyat umum penubuhan skuad GAHMUDA". Sabah Media. 2023-05-02.