Skuad Sabil Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SKUAD SABIL MALAYSIA
Kerangka
Cogan kataSETIA BERKHIDMAT
Jenis/bentuk sahBadan Uniform Sukarela
Sejarah
Ditubuhkan25 Ogos 2019
Pengurusan
Pesuruhjaya Skuad Sabil MalaysiaDatuk Mohamad Fazly Zainudin
Organisasi indukPergerakan Pemuda UMNO
Sukarelawan 10,000
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

SKUAD SABIL MALAYSIA adalah badan uniform dibawah Pergerakan Pemuda UMNO. ia merupakan badan sukarela yang di anggotai oleh ahli UMNO tanpa mengira umur ataupun keupayaan fizikal.

Skuad ini dianggotai oleh anak-anak muda UMNO Malaysia secara sukarela dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan dalam masyarakat. Mereka juga bersedia pada bila-bila masa untuk mencurahkan bakti kepada masyarakat sewaktu ditimpa bencana dan musibah serta sebagai anggota keselamatan dan kesejahteraan khas buat para pemimpin dan peserta di dalam program-program himpunan rakyat.[1]

Skuad ini diwujudkan secara bertanzim dan bersistem di mana ia membolehkan peserta tidak sahaja mampu untuk mencurahkan khidmat bakti namun turut melatih mereka untuk bekerja secara sistematik, berkumpulan dan terancang. Ia juga merupakan satu platform baharu bagi para sukarelawan Pemuda UMNO Malaysia untuk mendalami ilmu berorganisasi dan berpasukan.

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Idea asal menubuhkan pasukan beruniform sukarelawan datang dari Pemuda UMNO Negeri Selangor dibawah kepimpinan YB Datuk Rizam Ismail , Ketua Pemuda Negeri Selangor pada tahun 2019 yang mahu sebuah badan yang khusus dalam membantu rakyat menghadapi masalah bencana alam dan masalah masyarakat di Selangor.

Idea ini mendapat perhatian Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dato Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan diangkat ke peringkat Pemuda UMNO pusat dan kemudiannya di tubuhkan Skuad Sabil Malaysia.

Skuad Sabil Malaysia telah ditubuhkan secara rasmi pada 25 Ogos 2019 oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO di majlis penutupan Kursus Asas Skuad Sabil Malaysia Siri 1 di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU) Janda Baik.[2]

Motto[sunting | sunting sumber]

Motto Skuad Sabil Malaysia ialah SETIA BERKHIDMAT

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Skuad Sabil Malaysia sejak penubuhannya telah menjalankan pelbagai peranan dan sumbangan antaranya:

Banjir Besar Selangor[sunting | sunting sumber]

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah mengarahkan Skuad Sabil dan Pergerakan Pemuda UMNO membantu mangsa-mangsa banjir di Selangor.[3]

Pasca Banjir Kuantan[sunting | sunting sumber]

Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sinonim dengan cogan kata ‘boleh digerakkan dalam apa jua keadaan’ turun padang membantu masyarakat setempat di Sungai Lembing yang terjejas teruk akibat bencana banjir tempoh hari.

Program itu diketuai Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintenden Azhari Nusi bersama 40 pegawai kanan dan rendah Batalion 7 PGA, Kem Bukit Galing di sini.

Ia turut dibantu 150 anggota Skuad Sabil dari Johor dan 20 penduduk setempat.[4]

Advokasi Vaksinasi COVID1-19[sunting | sunting sumber]

Skuad Sabil Kuala Terengganu menggerakkan seluruh jawatankuasanya membantu kerajaan mempergiatkan kempen pendaftaran penerimaan vaksin kalangan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).[5]


RUJUKAN[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Skuad Sabil Setia Berkhidmat | Sinar Harian | 28 Ogos 2019 | https://www.sinarharian.com.my/article/45173/KOLUMNIS/Skuad-Sabil-setia-berkhidmat
  2. ^ Skuad Sabil Kekuatan Baru Parti | 25 Ogos 2019 | UMNO Online | https://umno-online.my/2019/08/25/umno-iktiraf-skuad-sabil-pemuda-kekuatan-baru-parti/
  3. ^ Pemuda Umno, Skuad Sabil bantu mangsa banjir | 19 Disember 2021 | Malaysia Post | https://malaysiapost.com.my/2021/12/19/pemuda-umno-skuad-sabil-bantu-mangsa-banjir/
  4. ^ PGA, Skuad Sabil Johor laksana program pasca banjir di Sungai Lembing | 30 Disember 2021 | Utusan Malaysia | https://www.utusan.com.my/nasional/komuniti/2021/12/pga-skuad-sabil-johor-laksana-program-pasca-banjir-di-sungai-lembing/
  5. ^ Skuad Sabil gerak kempen pendaftaran vaksin COVID-19 | 2 April 2021 | Berita Harian | https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/802693/skuad-sabil-gerak-kempen-pendaftaran-vaksin-covid-19