Skuadron RAF No. 38

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Skuadron RAF No. 38 dari Tentera Udara Diraja British (RAF) dibentuk pada 1916 dan dibubarkan untuk kali terakhir pada 1967. Semasa Perang Dunia II ia beroperasi dari pangkalan RAF Marham, Norfolk, menerbangkan pengebom strategik Vickers Wellington. Semasa waktu ini ia diperintah oleh Komander Sayap (Wing Commander) Bowles.

Salah seorang ahlinya, Ketua Skuadron Eric Foster, ditembak jatuh di Hutan Hitam (Black Forest), Jerman pada 14/15 Jun 1940. Dia melarikan diri dari tahanan Jerman, termasuk dari Istana Kota Spangenberg dan Stalag Luft III, tujuh kali, berusaha menerusi beberapa terowong larian. Dia akhirnya dibebaskan ke UK dengan berpura-pura gila, tindakan yang dia merasa malu sepanjang hayatnya. Apabila kembali ke UK permohonannya untuk kembali terbang ditolak, tetapi dia berkhidmat sebagai adjutan di RAF Innsworth.