Skyscraper (lagu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Skyscraper"
Single oleh Demi Lovato
daripada album Unbroken
Dilancarkan pada12 Julai 2011 (2011-07-12)
Dirakamkan pada2010
FormatDigital download
Panjang3:42
SyarikatHollywood
PenulisToby Gad, Kerli Kõiv, Lindy Robbins
PenerbitToby Gad
Kronologi single Demi Lovato
""Wouldn't Change a Thing"
(2010)"
"Skyscraper" ""Give Your Heart a Break"
(2012)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Skyscraper" adalah sebuah lagu yang dibawakan oleh artis rakaman asal Amerika, Demi Lovato. Ditulis oleh Toby Gad, Lindy Robbins and Kerli Kõiv dan diterbitkan oleh Gad untuk album studio ketiga Demi, Unbroken (2011). Lagu ini diinspirasi oleh sebuah gambar dari apokalips, dimana saat dunia hancur, dan di antara bangunan-bangunan yang runtuh, satu bangunan pencakar langit masih kukuh berdiri. Kerli merakam "Skyscraper" dan Gad menawarkan lagu itu ke Demi, yang ingin merakamnya kerana merasa dia dan peminatnya boleh berkaitan dengan lagu ini. Saat merakam lagu ini pada 2010, Demi amat sangat emosional dan menyebabkan ia mula menangis. Kemudian pada tahun yang sama, dia masuk ke kemudahan rawatan untuk menangani masalah-masalah peribadinya. Setelah menyelesaikannya pada awal 2011, Demi merakam semula lagu itu, tapi mempertahankan rakaman awal kerana merasa itu merupakan "simbol" dari dirinya. "Skyscraper" dikeluarkan pada 12 Julai 2011 oleh Hollywood Records sebagai single pertama dari Unbroken. Menurut Demi, lagu ini mewakili perjalanan yang telah dia lalui pada tahun sebelumnya.

Secara muzik, "Skyscraper" adalah lagu balada dan liriknya berbicara tentang mesej-mesej untuk tetap kuat dan percaya pada diri sendiri. Trek ini bermula dengan piano dan kemudian disertai dengan perkusi yang berat. Demi menampilkan vokal mendesah dan bergetar di seluruh lagu ini. "Skyscraper" mendapat ulasan positif dari para pengkritik, dengan kebanyakan memuji vokal Demi dan lirik yang menginspirasi. Setelah keluaran, lagu ini juga mendapat pujian dari beberapa selebriti di Twitter. Lagu ini debut di # 10 chart Billboard Hot 100, menjadi punca tertinggi bagi single Demi chart sejak "This Is Me" meraih kedudukan # 9 pada Ogos 2008. "Skyscraper" terjual 176.000 dalam format digital downloads di minggu pertama sejak perilisannya di US, menjadikan rekod jualan untuk Demi. Lagu ini meraih 20 besari di Kanada dan New Zealand. Pada Ogos 2011, lagu ini memenangi kategori "Summer Song" pada Teen Choice Awards 2011.

Video muzik untuk lagu ini disutradai oleh Mark Pellington dan syuting dilakukan di Bonneville Salt Flats selama 12 jam. Demi membawakan "Skyscraper" untuk pertama kalinya di acara Do Something Awards pada 18 Ogos 2011.