Pergi ke kandungan

Slot Akasia (lagu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Slot Akasia"
Single oleh The Fabulous Cats
daripada album Hyperkosmik
Dilancarkan21 Januari 2009 (2009-01-21)
DirakamkanJanuari 2008
StudioPlatinum Studio (Kelana Jaya, Selangor)
Genre
  • R&B
  • hip-hop
  • pop rap
Panjang5:14
Syarikat
  • Metadome
  • Cat Presents
Penulis
PenerbitCat Farish
Kronologi single The Fabulous Cats
"Bawa Ku Terbang"
(2009)
"Slot Akasia"
(2009)
"Cinta Kosmik"
(2010)
"Slot Akasia" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Slot Akasia" ialah sebuah single oleh kumpulan hip-hop Malaysia, The Fabulous Cats yang dirilis pada 21 Januari 2009 oleh Metadome (Alibi Music) sebagai single kedua daripada album kedua mereka, Hyperkosmik (2008). Lagu ini ditulis oleh Cat Farish, Adeep, Farhana dan Roxy Tail.

Maklumat lagu dan inspirasi

[sunting | sunting sumber]

Lagu itu pada asalnya diinspirasikan daripada slot rancangan televisyen TV3, iaitu Slot Akasia yang digunakan sebagai metafora. Ini dibuktikan melalui baris rangkap pertama lirik seperti "Hidup ku yang ku rasa tidak secantik potret yang terlakar di kaca" ("kaca" yang dimaksudkan adalah layar televisyen) dan baris akhir korus seperti "Hingga paling kelam kan terpapar di Slot Akasia".

Slot berbentuk lipur lara tersebut banyak memaparkan adegan-adegan yang berkisarkan tentang percintaan, konflik dan kesakitan emosi. Pemilihannya sebagai judul sebenarnya lebih berkaitan dengan lagu "Lepas" (dikreditkan sebagai "Lepaskan") yang menjadi lagu tema bagi drama bersiri Ezora yang turut disiarkan dalam slot tersebut.

"Slot Akasia" ditulis seperti seakan memerli drama-drama televisyen yang disiarkan dalam slot itu kerana setiap drama dikatakan mempunyai persamaan jalan cerita, konsep dan plot.

Muzik video

[sunting | sunting sumber]

Muzik video "Slot Akasia" diarahkan oleh seorang pengarah filem dan video muzik, Ghaz Abu Bakar di bawah produksi miliknya, The Media Hustler.

Penggambarannya dilakukan di panggung Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada September 2008. Ia dilakukan bersama pihak kru produksi dan para pelakon teater Impak Maksima: The Musical kerana lagu "Slot Akasia" telah dipilih untuk dijadikan sebagai lagu tema untuk teater muzikal tersebut. Anggota The Fabulous Cats juga terlibat dalam pementasan dan kerja-kerja di balik tabir, yang mana Adeep dan Farhana berlakon sambil menyanyi dan menari, sementara Cat Farish berperanan sebagai pengarah muzik dan dibantu oleh DJ Sumo.[1]

Senarai runut

[sunting | sunting sumber]
No.TajukPenulisMasa
1."Slot Akasia"
5:14
  • Penulis lagu – Cat Farish, Adeep, Farhana, Roxy Tail
  • Penerbitan – Cat Farish
  • Adunan – Cat Farish, Adeep, Lok Yu
  • Gitar – Shah (Slam)
  • Bes – Kelly
  • Papan nada – Lok Yu
  • Susunan dram – Illegal
  • Vokal – Cat Farish, Adeep, Farhana
  • Vokal latar – Cat Farish, Adeep, Farhana
  • Rap – Cat Farish