Sluha Narodu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sluha Narodu
Fail:Servant of the People TV.jpg
GenreSatira politik
komedi
PenciptaVolodymyr Zelensky
Dibintangi oleh
  • Volodymyr Zelensky
  • Stanislav Boklan
  • Olena Kravets
  • Jury Krapov
  • Mykhailo Fatalov
  • Oleksandr Pikalov
  • Eugene Koshovyi
  • Viktor Saraykin
  • Natalia Sumska
  • Kateryna Kisten
Penggubah lagu tema
Dmytro Shurov
Penggubah
  • Andriy Kiryuschenko
Negara asalUkraine
Bahasabahasa Rusia
Bilangan musim3
Bilangan episod51
Penerbitan
Penerbit eksekutif
Penerbit
LokasiKyiv, Ukraine
Tempoh siaran40—90 minit
Syarikat penerbitan
Syarikat pengedaran
Penyiaran
Saluran asal1+1
Format gambar1080i (16:9 HDTV)
Siaran asal16 November 2015 (2015-11-16) – 28 Mac 2019 (2019-03-28)
Pautan luar
[1plus1.ua Laman sesawang]

Sluha Narodu (Bahasa Ukraine: Слуга народу, Rusia: Слуга народа, rumi: Sluga Naroda - "Hamba Rakyat" atau "Khadam Rakyat", tajuk antarabangsa dalam bahasa Inggeris: Servant of the People) ialah sebuah siri televisyen satira politik dari Ukraine tahun 2015. Kisah ini mengisahkan seorang guru sejarah (lakonan Volodymyr Zelensky) yang banyak mendapat perhatian kerana keluhannya terhadap keadaan rasuah di Ukraine yang terakam lalu menular di serata Internet sehingga menawan para pengundi di negara itu memnagkan beliau sebagai Presiden Ukraine.[1][2][3]

Kemasyhuran siri ini semakin membuak sehingga para kru produksinya sendiri digesa terlibat dalam politik negara Ukraine - sebuah parti politik didasarkan siri ini didaftarkan oleh Kementerian keadilan Ukraine pada 31 Mac 2018,[4] Volodymyr Zelensky yang memainkan pelakon utama turut memenangi undi sebagai Presiden Ukraine dalam pilihan raya presiden negara tersebut yang berlangsung bulan April 2019.

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Volodymyr Zelensky sebagai Vasyl Petrovych Holoborodko, seorang guru sejarah yang kemudiannya menjadi Presiden Ukraine
  • Stanislav Boklan sebagai Yuriy Ivanovich Chuiko, Perdana Menteri Ukraine
  • Viktor Sarayki sebagai Petro Vassilyevich Holoborodko, ayah Vasyl
  • Nataliya Sumska sebagai Mariya Stefanovna Holoborodko, ibu Vasyl
  • Kateryna Kisten sebagai Svetlana Petrovna Sakhno, kakak Vasyl dan bekas timbalan badan percukaian
  • Olena Kravets sebagai Olha Yuriyivna Mishchenko, bekas isteri Vasyl dan pengarah Bank Negara Ukraine
  • Yevhen Koshovy sebagai Serhiy Viktorovich Mukhin, bekas pelakon dan Menteri Ehwal Luar Negara Ukraine
  • Yury Krapov sebagai Mikhaylo Ivanovich Sanin, Menteri Ehwal Fiskal Ukraine
  • Oleksandr Pikalov sebagai sebagai Ivan Andreyevich Skorik, Menteri Pertahanan Ukraine:
  • Mykhailo Fatalov sebagai Mikhail Ashotovich Tasunyan, ketua badan perisikan Ukraine SBU
  • Anna Koshmal sebagai Natasha Sakhno, anak saudara Vasyl
  • Halyna Bezruk sebagai Anna Mikhailovna, kekasih Vasyl

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jacobsen, Katherine (13 December 2016). "How a Fictional President Is Helping Ukrainians Rethink Their Absurd Politics". Foreign Policy. Dicapai pada 25 August 2017.
  2. ^ Kao, Anthony (6 June 2017). "Ukraine's 'Servant of the People' is a hidden gem of political comedy". Cinema Escapist. Dicapai pada 25 August 2017.
  3. ^ Kao, Anthony (22 August 2017). "Interview: Vladimir Zelenskiy on playing Ukraine's president in 'Servant of the People'". Cinema Escapist. Dicapai pada 25 August 2017.
  4. ^ (Rusia) The Ministry of Justice registered the party "Servant of the people", Ukrainian News Agency (26 April 2018)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]