Sniper (filem 2014)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sniper
PengarahPierre Andre
PenulisPierre Andre
Lakon layarPierre Andre
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
24 April 2014
Masa tayangan
83 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM129,039

Sniper merupakan sebuah filem aksi Malaysia 2014 arahan Pierre Andre terbitan Metrowealth Pictures. Ia dibintangi oleh Mikail Andre, Pablo Amirul, Fadlan Hazim, Nina Iskandar dan Adibah Yunus. Filem ini merupakan filem aksi kedua arahan beliau selepas 1 Lawan Satu dan ditayangkan pada 24 April 2014.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Ahmad (Mikail Andre), seorang bekas pegawai tentera yang telah dipecat kerana masalah disiplin, Rafi (Fadlan Hazim) yang merupakan atlet penembak tepat dan juga Jim (Pablo Amirul). Mereka bertemu dalam satu permainan diberi nama “Bunuh” yang dicipta oleh seseorang yang tidak dikenali.

Dengan berbekalkan sepucuk sniper rifle dan beberapa butir peluru, mereka dikehendaki membunuh antara satu sama lain bagi melepaskan diri masing-masing. Tak cukup dengan itu, ada mata-mata yang memerhatikan setiap gerak-geri mereka tanpa disedari dan menunggu peluang untuk menghapuskan mereka.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Sniper merupakan filem ke-13 arahan Pierre Andre dan yang kedua bagi genre aksi. Penggambaran filem ini dijalankan di tapak peninggalan taman tema Mimaland yang terkenal pada 1980an dan Flat Pekeliling.

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Sniper ditayangkan pada 24 April 2014 dan merupakan kegagalan komersial (seperti kebanyakan filem-filem terbitan Metrowealth yang lain), hanya berjaya meraih RM129,039.00 setelah 14 hari tayangan di 58 pawagam seluruh negara. Filem disenaraikan sebagai salah satu filem Melayu paling gagal bagi 2014.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nor Atieyah Yusoff (15 April 2014). Sebalik misteri Sniper Sinar Harian. Dicapai pada 1 Mei 2014.
  2. ^ Senarai 10 filem Melayu paling gagal di pawagam 2014 Ammboi (23 Disember 2014). Diperoleh pada 1 Januari 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]