Soal jawab agama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kodeks Manesse, fol.292v, "Guru lelaki Esslingen" (Der Schulmeister von Eßlingen)

Soal jawab agama (dalam bahasa Inggeris, catechism disebut /ˈkætəkɪzəm/; Bahasa Yunani Kuno: κατηχισμός) ialah satu rumusan atau penjelasan doktrin yang secara tradisinya digunakan dalam ajaran keagamaan Kristian sejak zaman Perjanjian Baru hingga kini.[1] Soal jawab agama adalah manual doktrin yang selalunya dalam bentuk soalan yang diikuti oleh jawapan yang akan dihafaz, satu format yang juga pernah digunakan dalam konteks bukan agama atau sekular (soal jawab sekular).

Format tradisional[sunting | sunting sumber]

Lazimnya secara sejarah soal jawab agama mengikuti satu format dialog atau soal jawab. Format ini menghendaki penyertaan dua buah pihak, guru dan pelajar (secara tradisi diistilahkan sebagai "sarjana"), ibu bapa dan anak. Contohnya ialah Westminster Shorter Catechism (1647) yang terkenal itu:

S. Apakah matlamat utama manusia?
J. Untuk mengagungkan Tuhan dan menggembirakan-Nya untuk selama-lamanya!
S. Apakah peraturan yang diberikan Tuhan untuk memandu kita cara untuk mengagungkan dan menggembirakan-Nya?
J. Kata-kata Tuhan yang terkandung di dalam Perjanjian Lama dan Baru ialah satu-satunya peraturan yang memandu kita cara menggembirakan-Nya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]