Sofia Jane

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Datin
Sofia Jane
KelahiranSofia Jane binti Hisham
(1972-02-14) 14 Februari 1972 (umur 47)
London, United Kingdom
KediamanKuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1990–kini
PasanganDato' Meor Azman Mohamed (berkahwin 1995)
Anak4

Datin Sofia Jane binti Hisham (lahir 14 Februari 1972) ialah seorang pelakon dan model Malaysia kelahiran London, United Kingdom. Beliau telah menetap di Malaysia dan menjadi warganegara Malaysia.[1] Selain itu, beliau yang merupakan peranakan Inggeris dan Melayu ini mula dikenali menerusi watak pembantu dalam filem Mira Edora. Antara filem lakonannya termasuklah Harry Boy (1992), Kekasih Awal dan Akhir (1993), Perempuan, Isteri dan... (1993) dan Sayang Salmah (1995). Beliau meraih anugerah Artis Paling Popular menerusi penganjuran majlis Anugerah Bintang-Bintang Popular Berita Harian 1993.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Sofia Jane dilahirkan pada 14 Februari 1972 di London, England. Beliau merupakan anak sulung daripada 3 beradik kepada pasangan Noreen Abdullah dan Hisham Pilus.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sofia Jane berkahwin dengan Meor Zain Azman pada 9 September 1995 dengan hanya perkenalan yang cukup singkat, dan dikurniakan empat cahayamata—Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya.[2] Pada 28 Februari 2013, Sofia berkongsi gambar perkahwinannya kepada media.[3]

Watak beliau pernah dilakonkan oleh Nadiya Nisaa dalam filem 2014, Terbaik dari Langit arahan Nik Amir Mustapha. Selain itu nama beliau pernah diabadikan secara ilham dalam lagu ciptaan Shamril Salleh iaitu "Sofea Jane" nyanyian Black Hanifah pada 2012. Lagu tersebut juga mara ke Anugerah Juara Lagu ke-28.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem/drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1990 Mira Edora Azizah
1991 Interlud
Harry Boy Haryati
1992 Nadia
1993 Kekasih Awal dan Akhir
Perempuan, Isteri dan... Zaleha
1995 Cinta Kita Tifa @ Dino
Sayang Salmah Natasha
Jimi Asmara Penari Karnabet
1996 Suratan Kasih
2004 Puteri Gunung Ledang Permaisuri Tun Teja
2008 Susuk Mona
2016 Hanyut Mem
2019 Bu, Kasih Suci
TBA Orang Itu[4] Filem/drama yang belum dikeluarkan Makcik

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1994 Cinta Rees & Ina
1995 Penghujung Rindu
2006 Sebuah Ijtihad
2010 Karma Salina
2012 Jane Jamilah
2014 Nostalgila Astro First Eksklusif
2015 Ikan Singgang Cicah Budu

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1992 Balada Anak Jalanan
1993 Demam Malam RTM di samping Abdullah Chik, Uji Rashid
2013 Asmara Luna

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Gandingan Bersama
1995 Malam Ini Penyu Menangis Uji Rashid, Sabri Yunus
2009 Natrah Maya Karin, Remy Ishak
2010 Natrah 2 Umie Aida, Susan Lankester
2013 Teater Kompilasi Namron

Anugerah dan Pencalonan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Al Qayum Azizi (24 Oktober 2011). "Sofia Jane Menanti 'Kehidupan Baru'". mSTAR Online. Dicapai 22 Januari 2014. 
  2. ^ "Sofia Jane Kongsikan Gambar Resepsi Perkahwinan 1995". Rotikaya. 28 Februari 2013. Dicapai 22 Januari 2014. 
  3. ^ "Nostalgia : Datin Sofia Jane Kongsi Gambar Kahwin 18 Tahun Lepas". Oh Bulan!. 28 Februari 2013. Dicapai 22 Januari 2014. 
  4. ^ https://www.star2.com/entertainment/2018/10/17/orang-itu-sofia-jane-review/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]