Soket penyala rokok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Plag penyala rokok 12 volt.

Soket penyala rokok ataupun soket penyuai kereta merujuk kepada soket bagi sejenis palam bara yang boleh ditanggalkan untuk menyalakan rokok atau cerut serta boleh digunakan sebagai punca bekalan elektrik untuk beberapa peralatan elektrik kecil pada kereta. Asalnya ia tidak direka untuk membekalkan bekalan elektrik, dan ia juga bukanlah penyambung elektrik yang unggul atas beberapa sebab, terutamanya berikutan terdapat tiga saiz bagi soket berkenaan (dua bagi sistem 12 volt DC dan satu lagi untuk sistem 6 volt DC yang lebih lama) serta memadankan saiz plag dan soket 12 volt yang berbeza juga merupakan satu masalah. Disebabkan itulah sambungan elektrik yang disediakan ada kalanya tidak boleh diharap untuk peralatan berkuasa tinggi.

Namun di sebalik kekangan tersebut, ia digunakan untuk pelbagai peralatan, seperti pencukur elektrik, lampu sorot mudah alih, komputer riba, telefon bimbit, pembantu peribadi digital, penyuai USB, pemain audio digital, lampu, malah penyejuk termoelektrik. Bagi peralatan yang menggunakan bekalan elektrik sesalur pula, alat penyongsang elektrik perlu digunakan untuk menukarkannya kepada arus ulang-alik, dan seterusnya menaikkan voltannya kepada AC 240 V dengan menggunakan transformer.


Soket logam dan plastik.

Penyala rokok[sunting | sunting sumber]

Penyala rokok kereta.

Penyala rokok terdiri daripada palam bara berbentuk silinder yang mengandungi segelung nipis wayar nikrom, yang membenarkan arus setinggi 15-20 ampere melaluinya apabila tombol penyala ditolak masuk ke dalam soket. Setelah ditolak masuk, penyala ditahan daripada daya spring oleh satu cangkuk yang dipasang pada satu jalur dwilogam.[1] Unsur pemanas akan membara panas dalam masa beberapa saat, menyebabkan jalur dwilogam tersebut membengkok untuk melepaskan penyala, membolehkan spring menolak penyala keluar. Setelah penyala dikeluarkan, ia boleh digunakan untuk menyalakan api pada rokok atau cerut.

Pada kebanyakan model kereta baru, soket tersebut kini tidak disertakan dengan penyala rokok sebagai salah satu langkah untuk tidak menggalakkan pemandu merokok serta berikutan penurunan tabiat merokok di Amerika Syarikat.[2] Walau bagaimanapun, soket tersebut kini berperanan sebagai punca bekalan elektrik bagi peralatan elektrik kecil, seperti alat GPS mudah alih, pengecas telefon bimbit, pam tayar mudah alih ataupun pembersih hampagas. Biasanya, soket sebegini berpenutup plastik dan kadang-kadang dilabelkan sebagai "bukan untuk penyala rokok", kerana ia tidak direka untuk menampung haba yang terhasil daripada penyala rokok.

Plag[sunting | sunting sumber]

Plag automotif 12 volt adalah tertakluk kepada piawaian UL 2089 bagi penyuai bateri kenderaan. Piawaian ini merangkumi plag dan wayar yang direka untuk dipalamkan ke dalam soket penyala rokok. Di Eropah pula plag dan soket 12 volt adalah tertakluk kepada peraturan serta memerlukan pengesahan oleh pihak berkuasa elektrik.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penyala rokok mula menjadi peralatan standard pada kereta bermula tahun 1925 atan 1926.[3] Pada tahun 1928 Connecticut Automotive Specialty Company di Bridgeport mempatenkan penyala rokok automotif pertama dengan wayar dan gelung. Penyala rokok automotif "automatik" V-Coil dicipta oleh Casco pada tahun 1956.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]