Sola gratia
Sola gratia ialah satu dari lima sola yang menjadi rangkuman kepercayaan dasar para pelopor Reformasi Protestan. Asalnya dari bahasa Latin yang bermaksud hanya kerana anugerah-Nya. Hal ini dikemukakan untuk membezakan dari ajaran Gereja Katolik Rom pada semasa itu. Akan tetapi yang lebih dikenal terdapat 3 Sola yang menjadi semboyan Alkitab sola fide, sola gratia, sola scriptura.
Di dalam sola gratia keselamatan syurgawi itu kita peroleh bukan atas landasan Balance System yang berdasarkan usaha, kuasa, kemampuan, dan daya sendiri, melainkan oleh kerana iman (sola fide) dan lebih lanjut ditegaskan oleh rasul Paulus dalam Efesus 2:8-9 bahawa keselamatan syurgawi itu ialah Kurniaan/pemberian atau Anugerah Allah (sola gratia).
Jadi dengan demikian, kalau kita bercakap tentang Iman/sola fide secara automatik kita bercakap pula tentang Anugerah/sola gratia, kerana kedua-dua faktor tersebut berkait rapat dengan lainnya, tegasnya:
Keselamatan syurgawi itu hanya Allah Anugerahkan kepada orang-orang yang beriman sahaja
Perbandingan Konsep Rahmat & Keselamatan (Sola Gratia) dengan agama lain
[sunting | sunting sumber]Ajaran / Agama | Rahmat Tuhan (Gratia) | Peranan Manusia | Keselamatan Berdasarkan Lutheran (Sola Gratia) | ✅ Mutlak & tidak layak | Hanya percaya (iman) | Rahmat Tuhan sahaja Katolik | ✅ Sangat penting | Harus bekerjasama dengan rahmat melalui iman, sakramen & amal | Rahmat + Iman + Perbuatan Ortodoks Timur | ✅ Anugerah ilahi (energi Tuhan) | Harus ikut proses “theosis” (penyatuan dengan Tuhan) | Rahmat + Proses pertumbuhan rohani Evangelikal / Protestan moden | ✅ Pusat utama | Terima dengan iman dan lahir baru | Rahmat + Iman (sering fokus pada keputusan peribadi) Islam | ✅ Rahmat Allah sangat penting | Iman + Amal + Doa agar Allah memberi rahmat | Iman + Amal + Rahmat Allah Hindu | ✅ Dalam Bhakti Yoga (pengabdian kepada Tuhan) | Usaha melalui pelbagai jalan rohani (karma, jnana, bhakti, raja) | Usaha sendiri + Rahmat Tuhan (Bhakti) Buddha | ✖ (tiada Tuhan penyelamat dalam asasnya) | Sendiri harus capai pencerahan | Latihan diri (moral, meditasi, kebijaksanaan)
Rujukan
[sunting | sunting sumber](Inggeris)JOINT DECLARATION ON THE DOCTRINE OF JUSTIFICATION
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.