Solat Sunat Nisfu Sya'ban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Solat Sunat Nisfu Sya'ban merupakan solat sunat mutlak yang didirikan dengan tujuan menghidupkan bulan Sya'ban termasuk Nisfu Sya'ban dengan ibadat dengan tujuan mendekatkan diri kehadrat Allah SWT. Malam Nisfu Sya’ban ialah malam ke 15 dari bulan Sya’ban.

Ia berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Apabila tiba malam nisfu Sya'ban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadah dan berpuasa pada siangnya". Allah SWT berfirman, " Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampunkannya.

Selain itu, menurut sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang diceritakan oleh Sayidatina Aisyah r.a. bahawa pada malam Nisfu Sya'ban baginda mendirikan solat sehingga pagi.

Baginda bersabda kepada Aisyah: "Malam ini adalah malam Nisfu (pertengahan) bulan Sya'ban".

Bagaimanapun terdapat sesetengah pihak yang mempertikaikan mebgenai pengkhususan bulan atau hari tersebut untuk satu-satu ibadah, bukan pada pengisian atau aktiviti amalan yang dilakukan. Bagaimanapun, tujuannya adalah untuk meningkatkan amal ibadah, meningkatkan ketaqwaan dan melakukan amalan. Menurut Imam Syafie r.a., jika sesuatu amalan yang membawa kebaikan dan tidak bertentangan dengan syariah, adalah bid'ah hasanah.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]