Pergi ke kandungan

Solat fardu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sholat Fardu ialah Sholat yang diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak lima kali sehari pada waktu-waktu tertentu menurut Rukun Sholat yang ditentukan.[1]

Waktu Sholat

[sunting | sunting sumber]

Waktu-waktu yang telah ditetapkan untuk menunaikan solat adalah seperti berikut:

  1. Sholat Shubuh - bermula dari fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa yang diperuntukkan kira-kira 2 jam. - 2 rakaat.
  2. Sholat Dzuhur - bermula selepas matahari mulai condong daripada puncaknya sehingga bayang melebihi separuh panjangnya. - 4 rakaat.
  3. Sholat Ashar - bermula selepas berakhirnya waktu sholat Dzuhur sehinggalah matahari terbenam. - 4 rakaat.
  4. Sholat Maghrib - bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah di ufuk barat. - 3 rakaat.
  5. Sholat Isya' - bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan berterusan sehingga terbit fajar pada hari keesokannya. - 4 rakaat.

Penentuan waktu solat ini berasaskan hadis Nabi Muhammad SAW serta pemerhatian astronomi yang digunakan dalam takwim Islam. Al-Nawawi.[2]

Waktu yang diharamkan solat

[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa waktu di mana solat tanpa sebab tertentu adalah dilarang, iaitu:

  1. Setelah sholat shubuh sehingga naik matahari.
  2. Ketika naik matahari sehingga sekadar segalah.
  3. Ketika matahari di tengah-tengah langit.
  4. Selepas sholat ashar sehingga masuk matahari atau matahari terbenam.
  5. Ketika masuk matahari.

Larangan ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan dalam pelbagai kitab hadis.[3]

Kepentingan solat fardu

[sunting | sunting sumber]

Sholat fardu lima waktu sehari semalam ialah ibadat yang paling asas dalam Islam. Penganut agama Islam percaya bahwa di Akherat kelak, amalan yang pertama sekali disoal ialah solat.

Sekiranya sholat seseorang itu sempurna, maka barulah ditanyakan amalan-amalan yang lain. Jika gagal, maka gagallah amalan-amalan yang lain seperti puasa, sedekah, zakat, haji dan lain-lain.

Kewajipan dan rukhsah

[sunting | sunting sumber]

Sholat fardu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan masih waras. Sholat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekalipun, jika hanya mata yang boleh bergerak maka sholat wajib, dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal sholat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Bagi umat Islam yang musafir, mereka diharuskan bagi sholat dengan menqasar dan menjamakkannya.

Solat berjemaah

[sunting | sunting sumber]

Sholat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi pria) secara berjemaah dengan menjaga kekhusyukannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil Wudhu secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.

Perbuatan sunat sebelum solat:

  1. Adzan - artinya memberitahu, dan pada syarak ialah perkataan tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat fardu.
  2. Iqamah.
  3. Bersugi - artinya membersihkan mulut dan gigi dengan alatan bersugi.

Waktu sholat

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • https://mawaqitalsalah.com
  • Yusuf al-Qaradawi. Fiqh al-Ibadat.
  • Sayyid Sabiq. Fiqh al-Sunnah. Kaherah: Dar al-Fikr.
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Panduan Solat Fardu.
  1. ↑ "Sahih al-Bukhari - Sunnah.com - Sayings and Teachings of Prophet Muhammad (صلى الله عليه و سلم)". sunnah.com. Dicapai pada 2026-05-25.
  2. ↑ al-Nawawi (1990). Al-Majmu' Sharh al-muhadhdhab (dalam bahasa Arab). Dar al-Fikr.
  3. ↑ "SAHIH MUSLIM, BOOK 4: The Book of Prayers (Kitab Al-Salat)(Part II)". www.iium.edu.my. Dicapai pada 2026-05-25.