Solresol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sol-resol.png
SolresolFarben ecritures.png

Solresol ialah suatu bahasa buatan ciptaan François Sudre, bermula pada 1827. Beliau menerbitkan buku utama tentangnya, Langue musicale universelle, pada 1866, walaupun beliau telah mengiklankannya selama beberapa tahun sebelumnya. Solresol menikmati waktu popular seketika, mencapai kemuncaknya dengan penerbitan lepas mati Boleslas Gajewski Grammaire du Solresol pada 1902.

Kosa kata[sunting | sunting sumber]

Perkataan bahasa Solresol dibentuk dengan hanya tujuh suku kata. Sukukata-sukukata tersebut boleh diwakili dengan pelbagai cara — nada not muzik berbeza, suku kata yang ditutur/nyanyikan (berdasarkan solfège, cara mengenalpasti not muzik), warna, simbol, isyarat tangan dan sebagainya. Secara teorinya, komunikasi dapat dilakukan melalui pertuturan, nyanyian, bendera pelbagai warna — ataupun mengecat.

Seperti bahasa Ro, perkataan lebih panjang dibahagikan menjadi kategori maksud, berdasarkan suku kata atau not pertamanya. Perkataan yang bermula dengan 'sol' membawa maksud berkaitan kesenian dan sains, atau, jika bermula dengan 'solsol', penyakit dan perbuatan (cth, solresol, "bahasa"; solsolredo, "migrain"). Seperti bahasa buatan lain yang berkosa kata a priori, Solresol berdepan dengan masalah besar untuk mengkategorikan dunia sekelilingnya dengan cukup munasabah. Contohnya, adalah sukar untuk membezakan "epal" and "pear", ataupun hari "Isnin" dan "Selasa" secara a priori.

Satu ciri unik Solresol adalah penafian maksud dengan membalikkan suku kata dalam perkataan. Contohnya, "fala" bermaksud baik atau sedap, dan "lafa" bermaksud tidak sedap. Tidak jelas bagaimana interaksinya dengan cara perkataan dikategorikan dengan not pertamanya.

Jadual berikut menunjukkan perkataan sehingga dua suku kata:

Suku kata pertama / kedua (tiada) -do -re -mi -fa -sol -la -si
Do- tidak, bukan (kala tak sempurna) saya kamu (tunggal) dia diri, sendiri seseorang lain-lain
Re- dan, dan juga saya, saya punya (kala lampau) kamu punya (tunggal) dia punya kami punya kalian, kalian punya mereka punya
Mi- atau, ataupun untuk siapa, yang mana, bahawa (kala depan) whose, of which baik-baik ada, lihatlah selamat petang/malam
Fa- to apa? dengan, bersama ini, itu (kala syarat) kenapa, untuk sebab apa baik, sedap (dimakan) sangat, amat
Sol- jika tetapi dalam / di dalam salah kerana (kata perintah) selama-lamanya, selalu, tanpa henti terima kasih
La- (artikel pasti) tiada, tak apa, tak siapa oleh sini, sana buruk, teruk tidak pernah, tidak akan (partisipel kini) kepunyaan
Si- ya, baik, setuju, dengan gembiranya sama (benda) setiap, tiap-tiap selamat pagi/petang sedikit, jarang Encik* pemuda, bujang* (partisipel pasif)

* Untuk menukar menjadi perempuan, stres diberikan kepada suku kata terakhir.

Ciri-ciri tambahan[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri lain Solresol termasuk:

  • amat saksama (sama senang susahnya untuk semua orang seperti bahasa buatan a priori lain)
  • sistem bersepadu (bahasa isyarat, warna, dll.) untuk kebanyakan jenis golongan cacat, boleh digunakan serta-merta tanpa pembelajaran khas)
  • mempercepatkan pembelajaran golongan buta huruf (hanya 7 suku kata atau tanda atau 10 huruf untuk dikenali dan dicam)
  • tiada kesusahan perlafazan
  • sistem yang amat ringkas tetapi berkesan untuk membezakan fungsi perkataan dalam ayat

Setelah disambut baik selama beberapa tahun, Solresol semakin dilupakan kerana disaingi bahasa-bahasa yang lebih kuat seperti Volapük dan Esperanto. Walaupun begitu, masih terdapat sebilangan kecil penggemar Solresol di merata dunia yang mampu berhubung sesama sendiri melalui bahantara elektronik seperti Internet berbanding pada masa lampau.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]