Sompoton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sompoton
Contoh Sompoton kaum Kadazan Dusun, dipamerkan di Wisma Warisan Sandakan, tingkat 1, di bekas Muzium Borneo Utara British.
Contoh Sompoton kaum Kadazan Dusun, dipamerkan di Wisma Warisan Sandakan, tingkat 1, di bekas Muzium Borneo Utara British.
Contoh Sompoton kaum Kadazan Dusun, dipamerkan di Wisma Warisan Sandakan, tingkat 1, di bekas Muzium Borneo Utara British.
PengelasanOrgan mulut
DibangunkanBorneo Utara: Sabah,Malaysia

Sompoton ialah sebuah alat tiup berupa erofon[1] yang dimainkan dalam kalangan masyarakat Kadazan-Dusun dan Murut[2][3][4][5] dari Sabah, utara pulau Borneo.[6] Sompoton merupakan salah satu alat muzik tradisional bagi suku kaum Kadazan Dusun.

Binaan[sunting | sunting sumber]

Bahan asas ia diperbuat daripada labu air yang dikeringkan iaitu korobu.[7][8] Labu ini ditebuk lubang memuatkan sebanyak lapan batang buluh kecil berbagai panjang dipanggil sumbiling[7] disusun dan diikat dalam dua lapisan menggunakan rotan - salah satu batang ini bertindak sebagai pengapit yang memberi imbangan kepada keseluruhan binaan ayat tanpa perlu mengeluarkan bunyi.[8][1]

Setiap buluh atau sumbiling ini mempunyai nama tradisi sendiri:[9]

  • lombohon
  • monongkol
  • suruk
  • baranat
  • randawi,
  • tuntuduk
  • tinangga

Batang-batang buluh ini dilekatkan rapat-rapat pada dasar alat menggunakan lilin lebah bagi menahan angin daripada keluar melalui celah-celah buluh apabila ia ditiup.[1]

Rid yang menggetar menghasilkan bunyi tiupan diperbuat daripada batang pokok polod.[1]

Cara bermain[sunting | sunting sumber]

Pemain memegang alat sompoton mengikut kedudukan sendiri: pemain yang berdiri perlu memegang tegak atau mencondongkan badan alat pada sebelah kanan pemain, pemain yang duduk akan membaringkan empat buluh terpanjang pada bahu pemain.[7]

Pemain meniupkan udara melalui muncung sambil dua-dua tangan menutupi lubang buluh hujung: jari tangan yang lebih kuat menutupi buluh-buluh pendek manakala jari tangan yang berlawanan menutupi lubang pangkal barisan buluh panjang.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Hongkod Koisaan: Musical Instrument". Kadazandusun Cultural Association Sabah. Dicapai pada 3 Februari 2021.
  2. ^ Sabah: history and society. Malaysian Historical Society. 1981.
  3. ^ "Sompoton". New Sabah Times. m/s. 14. Dicapai pada 15 October 2014.[pautan mati kekal]
  4. ^ Elaine Lee (2006). Ethnic musical instruments of Malaysia. Win Publication.
  5. ^ Buku Teks Sejarah Tahun 6 ISBN 978-983-49-0269-8
  6. ^ D. Ohrnberger (29 Januari 1999). The Bamboos of the World: Annotated Nomenclature and Literature of the Species and the Higher and Lower Taxa. Elsevier. m/s. 304–. ISBN 978-0-08-054238-6.
  7. ^ a b c Patricia Matusky; Tan Sooi Beng (2017). The Music of Malaysia: The Classical, Folk and Syncretic Traditions. Oxon: Routledge. m/s. 261–264. ISBN 978-1-4724-6504-7.
  8. ^ a b "Sompoton". sabah.edu.my. Dicapai pada 2020-10-09.
  9. ^ Ong Chen Wei and Jedol Dayou (25 September 2009). "Frequency Characteristics of Sound from Sompoton Musical Instrument" (PDF). School of Science and Technology. Universiti Malaysia Sabah. m/s. 71–72. Dicapai pada 15 October 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]