Song Kap-sok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Song Kap-sok
송갑석
Ahli Perhimpunan Kebangsaan
Memegang jawatan
14 Jun 2018
Didahului olehSong Ki-sok
Kawasan pilihan rayaKawasan Pertama Daerah Barat, Gwangju
Butiran peribadi
Lahir (1966-10-10) 10 Oktober 1966 (umur 57)
Goheung, Jeolla Selatan, Korea Selatan
KewarganegaraanKorea Selatan
Parti politikParti Demokratik Bersama
Sekutu gabungan
politik lain
Parti Kita Terbuka[1]
Gabungan Demokrasi dan Politik Baru
Alma materUniversiti Kebangsaan Jeolla Selatan
PekerjaanAktivis, ahli politik

Song Kap-sok (Bahasa Korea: 송갑석; lahir 10 Oktober 1966) merupakan aktivis[2] dan ahli politik Korea Selatan yang sedang menjawat ahli Perhimpunan Kebangsaan untuk Daerah Barat di Gwangju, bersama dengan Chun Jung-bae (parti yang berlainan). Beliau juga MP tunggal daripada Parti Demokratik Bersama (PDB) di bandar raya Gwangju.[3]

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di kaunti Goheung, Song pernah menuntut di Universiti Kebangsaan Jeolla Selatan. Pada akhir 1980-an sehingga awal 1990-an, beliau seorang aktivis sosialis.[2][4] Beliau ditangkap pada tahun 1990 dan dipenjarakan selama 5 tahun.[4]

Song bermula kerjaya politiknya sesudah dibebaskan. Tahun 2000 pertama kali beliau bertanding sebagai calon bebas MP untuk Daerah Selatan di Gwangju,[5] meskipun kecundang dengan undinya 9.17%. Beliau lalu menyokong Roh Moo-hyun semasa pilihan presiden tahun 2002.[2]

Pada tengah 2000-an, Song terbang ke Amerika Syarikat dan menyambungkan pelajarannya.[2][4] Beliau lalu pulang ke Korea Selatan dan bekerja sebagai aktivis hak manusia. Mengikutkan kerjaya itu, beliau lagi bertanding sebagai calon bebas MP untuk Kawasan Pertama Daerah Barat di bandar raya yang sama, tetapi kalah juga.[5]

Song lalu sertai PDB dan bertanding semula untuk kawasan yang sama, namun didahului oleh Song Ki-sok daripada Parti Nasional, yang kini Parti Masa Depan yang Benar.[2] Setelah Song Ki-sok hilang jawatannya, Song Kap-sok dicadangkan semula sebagai penggantinya. Meskipun ada beberapa kontroversi dengan pencalonan,[5][3] Song berjaya dipilih sebagai calon untuk kawasan tersebut dan mendahului Kim Myong-jin daripada Parti untuk Demokrasi dan Keamanan.[2]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Ogos 2018, Song dengan beberapa MP dari parti yang sama mencadangkan pindaan undang-undang, iaitu menggantikan mangsa yang diculik (ke Korea Utara) ke mangsa yang hilang.[1][6] Hal ini menghadapi kritik-kritik daripada ramai saudara mangsa-mangsa tersebut.

2 hari kemudian, Persatuan Keluarga Mangsa Peristiwa 25 Jun membuat dakwaan terhadap Song atas fitnah dan pelanggaran Akta Keselamatan Nasional.[6] Mereka juga mengkritik tindakan Song kerana "tidak menghormati mangsa-mangsa dan saudaranya".[6] Tambahan pula, persatuan menyebut yang dakwaan tersebut tidak akan ditarik balik.

Song dilaporkan bahawa beliau pernah memuji Kim Il-sung sambil disiasat oleh Agensi Perancangan Keselamatan Nasional (kini Perkhidmatan Perisikan Negara) pada tahun 1991.[1] Masa itu, beliau melafazkan: Aku sayangkan Kim Il-sung. Aku gembira apabila melihat wajah Kim Il-sung yang sihat dan bertenaga. Kerajaan DPRK, yang berkeadilan dan berautonomi, sahaja kerajaan Korea yang sah. Korea mesti disatukan semula sebagai DPRK kerana itulah penyatuan yang sejati.[1]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Tahun Kawasan Parti politik Undian (%) Menang atau kalah?
2000 Daerah Selatan Bebas 9.17% Kalah
2012 Daerah Barat (Kawasan Pertama) Bebas 16.74% Kalah
2016 Daerah Barat (Kawasan Pertama) PDB 35.33% Kalah
2018 Daerah Barat (Kawasan Pertama) PDB 83.46% Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "[피플] "납북자→ 실종자로 하자" 황당 법안… 송갑석은?". 17 Ogos 2018. Dicapai pada 2 November 2018.
  2. ^ a b c d e f "[6·13 선거] '투옥 학생운동권' 출신 송갑석 국회 입성". 13 Jun 2018. Dicapai pada 2 November 2018.
  3. ^ a b "'광주 유일' 민주당 송갑석 의원, 피고소인 신분으로 경찰조사". 3 September 2018. Dicapai pada 2 November 2018.
  4. ^ a b c "전대협 의장 출신 송갑석 "호남 정치 세대교체 나서겠다"". 6 Februari 2018. Dicapai pada 2 November 2018.
  5. ^ a b c "민주 전략공천 '역풍'…'386 운동권' 송갑석 3전4기 성공하나". 28 April 2018. Dicapai pada 2 November 2018.
  6. ^ a b c "송갑석 의원, '납북자'를 '戰時실종자'로 바꾸는 6.25납북피해자법 개정안 발의". 16 Ogos 2018. Dicapai pada 2 November 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]