Sony's Spider-Man Universe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sony's Spider-Man Universe
PenciptaSony Pictures (Columbia Pictures)
Hasil kerja asalMarvel Comics
Filem dan televisyen
FilemVenom (2018)
Venom: Let There Be Carnage (2021)
Morbius (2022)
Lain-lain
PengedarSony Pictures Releasing

Sony's Spider-Man Universe (SSU[1]; Melayu: Dunia Spider-Man Sony) ialah sebuah francais media dan dunia sepunya yang berpusatkan sebuah siri filem adiwira yang dihasilkan oleh Columbia Pictures dengan kerjasama Marvel Entertainment. Diedarkan oleh Sony Pictures Releasing, filem-filem ini berbandukan pelbagai harta intelek komik Marvel yang mempunyai kaitan dengan watak Spider-Man.

Usaha-usaha untuk mengembangkan dunia fiksyen menggunakan watak sokongan daripada filem-filem Spider-Man bermula sejak Disember 2013. Sony Pictures merancang untuk menggunakan The Amazing Spider-Man 2 (2014) untuk melancarkan beberapa filem sempalan yang menumpukan watak jahat atau musuh Spider-Man dari komik, termasuklah sebuah filem Venom. Selepas menemui kegagalan yang kritikal melibatkan kewangan dari The Amazing Spider-Man 2, perancangan ini tidak diteruskan. Pada Februari 2015, Sony mengumumkan persetujuan untuk bekerjasama dengan Marvel Studios dalam filem Spider-Man akan datang dan menyepadukan watak tersebut ke dalam Dunia Senimatik Marvel (atau MCU). Hubungan ini menghasilkan filem-filem Spider-Man: Homecoming (2017), Spider-Man: Far From Home (2019), dan Spider-Man: No Way Home (2021), sementara Sony secara berasingan membangunkan semula filem Venom (2018) sebagai sebuah filem kendiri kemudiannya menjadi permulaan kepada dunia fiksyen mereka sendiri. Sony dan Marvel Studios merunding semula persetujuan mereka pada 2019 untuk berkongsi watak Spider-Man antara MCU dan filem kendiri mereka yang berdasarkan Marvel. Filem Venom kemudiannya diikuti dengan Venom: Let There Be Carnage (2021) danMorbius (2022), kedua-duanya mempunyai babak pertengahan kredit yang menampilkan elemen-elemen daripada konsep multiverse yang mengkaitkan SSU dengan MCU. Venom dan Morbius menerima kritikan yang negatif, sementara Venom: Let There Be Carnage menerima pandangan yang bercampur-campur. Siri ini memperoleh jumlah kutipan terkumpul hanya $1.5 bilion seluruh dunia.

Sony sedang menghasilkan beberapa filem aksi langsung berdasarkan watak-watak Marvel, dengan kini dalam penjadualan untuk dilancarkan ialah Kraven the Hunter dan Madame Web pada 2023 dan El Muerto pada 2024. Beberapa filem lagi sedang dalam tahap pembangunan yang pelbagai, dan Sony Pictures Television sedang membangunkan beberapa siri televisyen aksi langsung yang berlatarkan dunia sepunya yang sama, bermula dengan siri Silk.

Filem-filem[sunting | sunting sumber]

Telah ditayangkan[sunting | sunting sumber]

Filem Tarikh ditayangkan di A.S Pengarah Penulis skrip Penerbit
Venom 5 Oktober 2018 (2018-10-05) Ruben Fleischer[2] Jeff Pinkner & Scott Rosenberg dan Kelly Marcel[3][4] Avi Arad, Matt Tolmach, dan Amy Pascal[2]
Venom: Let There Be Carnage 1 Oktober 2021 (2021-10-01) Andy Serkis[5] Kelly Marcel[6] Avi Arad, Matt Tolmach, Amy Pascal, Kelly Marcel, Tom Hardy, dan Hutch Parker[7]
Morbius 1 April 2022 (2022-04-01) Daniel Espinosa[8] Matt Sazama & Burk Sharpless[9] Avi Arad, Matt Tolmach, dan Lucas Foster[8]

Akan datang[sunting | sunting sumber]

Filem Tarikh ditayangkan di A.S Pengarah Penulis skrip Penerbit Status
Kraven the Hunter Ogos 30, 2024[10] J. C. Chandor[10] Art Marcum & Matt Holloway dan Richard Wenk[10] Avi Arad, Matt Tolmach, dan Amy Pascal[10][11] Pos-produksi
Madame Web Februari 14, 2024 [12] S. J. Clarkson[13] Matt Sazama & Burk Sharpless[14] Lorenzo di Bonaventura, Erik Howsam, Kevin Feige, dan Palak Patel[15]
El Muerto 12 Januari 2024 (2024-01-12)[16] TBA TBA TBA Dalam pembangunan
Untitled Venom: Let There Be Carnage sekuel November 8, 2024 TBA Kelly Marcel[17] Avi Arad, Matt Tolmach, Amy Pascal, Hutch Parker, Jonathan Cavendish, dan Angus More Gordon[15] Penggambaran

Siri televisyen[sunting | sunting sumber]

Akan datang[sunting | sunting sumber]

Siri Musim Jumlah episod Tayangan asal Showrunner Status
Mula ditayangkan Habis ditayangkan
Silk: Spider Society 1 TBA Angela Kang[18] Dalam pembangunan
Untitled Spider-Man Noir series Oren Uziel[19]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kim, Brendan (August 24, 2021). "Sony's Spider-Man Universe Is Official Title For Non-MCU Marvel Movies". Screen Rant. Diarkibkan daripada yang asal pada August 24, 2021. Dicapai pada August 24, 2021.
  2. ^ a b Busch, Anita (May 19, 2017). "Tom Hardy Is 'Venom' In New Sony Marvel Film To Be Directed By Ruben Fleischer". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada May 20, 2017. Dicapai pada May 21, 2017.
  3. ^ Hood, Cooper (March 16, 2017). "Venom Movie Reportedly Set by Sony for 2018 Release [Updated]". Screen Rant. Diarkibkan daripada yang asal pada May 20, 2017. Dicapai pada May 21, 2017.
  4. ^ Kroll, Justin [@krolljvar] (October 3, 2017). "Venom update: Kelly Marcel (50 Shades of Grey) penning latest draft of script" (Twit). Diarkibkan daripada yang asal pada October 4, 2017. Dicapai pada October 4, 2017 – melalui Twitter.
  5. ^ Kit, Borys (August 5, 2019). "Andy Serkis Closes Deal to Direct 'Venom 2' (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada August 5, 2019. Dicapai pada August 5, 2019.
  6. ^ Kroll, Justin (January 7, 2019). "'Venom' Sequel in Works With Kelly Marcel Returning to Pen Script (Exclusive)". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada January 8, 2019. Dicapai pada January 8, 2019.
  7. ^ Kit, Borys (September 26, 2019). "'Venom 2' Adds 'X-Men' Films Producer to Ranks". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada September 26, 2019. Dicapai pada September 26, 2019.
  8. ^ a b Kroll, Justin (June 27, 2017). "Jared Leto to Star in 'Spider-Man' Spinoff 'Morbius' From Director Daniel Espinosa". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada June 27, 2018. Dicapai pada June 28, 2017.
  9. ^ Kit, Borys (November 13, 2017). "'Spider-Man' Spinoff: Morbius the Living Vampire Movie in the Works With 'Power Rangers' Writers". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada November 14, 2017. Dicapai pada November 14, 2017.
  10. ^ a b c d Verhoeven, Beatrice (May 26, 2021). "Aaron Taylor-Johnson to Play Spider-Man Villain Kraven the Hunter in Solo Movie". TheWrap. Diarkibkan daripada yang asal pada May 26, 2021. Dicapai pada May 26, 2021.
  11. ^ "TrueNorth Clients". TrueNorth Productions. Diarkibkan daripada yang asal pada June 21, 2022. Dicapai pada June 21, 2022.
  12. ^ D'Alessandro, Anthony (April 20, 2022). "'Spider-Man: Across The Spider-Verse' Heads To Summer 2023; Sony Dates 'Madame Web', 'Equalizer 3' Among Other Release Changes". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada April 21, 2022. Dicapai pada April 20, 2022.
  13. ^ Kroll, Justin (May 20, 2020). "Secret Marvel Movie From Sony in the Works With Director S.J. Clarkson (Exclusive)". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada May 20, 2020. Dicapai pada May 20, 2020.
  14. ^ Sneider, Jeff (September 26, 2019). "Exclusive: Sony Taps 'Morbius' Writers for 'Madame Web' Movie Set in Spider-Man Universe". Collider. Diarkibkan daripada yang asal pada September 27, 2019. Dicapai pada September 26, 2019.
  15. ^ a b "Production Weekly – Issue 1296 – Thursday, April 28, 2022 / 170 Listings – 40 Pages". Production Weekly. April 27, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada April 28, 2022. Dicapai pada June 12, 2022.
  16. ^ Kroll, Justin; D'Alessandro, Anthony (April 26, 2022). "Bad Bunny To Play Spider-Man Character El Muerto In Standalone Marvel Pic For Sony". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada April 26, 2022. Dicapai pada April 26, 2022.
  17. ^ Tapp, Tom (June 16, 2022). "Tom Hardy Updates Fans On 'Venom 3' Progress With Script Photo". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada June 17, 2022. Dicapai pada June 17, 2022.
  18. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan SpiderSocietyMGM+ tidak disediakan
  19. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan SpiderManNoirSeries tidak disediakan