Soo Wincci

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kelahiran (1985-10-26) 26 Oktober 1985 (umur 38)
Pusat pendidikanUniversiti Reading
Universiti Sunshine Coast
Kolej Muzik Berklee
Universiti Terbuka Malaysia
PekerjaanPensyarah, penyanyi, pelakon, pengacara, model, usahawan
Tahun aktif2008-kini
PangkatMiss World Malaysia 2008
Pemenang pertandingan kecantikan
Warna rambutHitam
Warna mataCoklat
Pertandingan
utama
Miss Intercontinental Malaysia 2004
(Pemenang tempat pertama)
Miss Malaysia Oriental World 2004
(Pemenang tempat kedua)
Miss Chinatown Malaysia 2005
(Pemenang tempat pertama)
Miss Universe Malaysia 2008
(Top 5)
Miss World Malaysia 2008
(Pemenang)
Miss World 2008
(Top 19 World Talent Round)(Top 32 Top Model Round)

Dr. Soo Wincci (Cina: 苏盈之; pinyin: Sū Yíngzhī; lahir 26 Oktober 1985) merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan model wanita Cina Malaysia. Soo dinobatkan Miss World Malaysia 2008 dan mewakili Malaysia dalam ratu cantik Miss World 2008.[1] Pada tahun 2013, beliau telah dipilih oleh Hollywood Independence Critica sebagai Top 100 wanita yang paling tercantik di dunia. Beliau berkelulusan undang-undang dari Universiti Reading (UK), pemegang MBA dari Universiti Sunshine Coast dan pada masa ini juga seorang pelajar doktor falsafah PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia.[2]

Ratu Cantik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004, Wincci (ketika itu berusia 19 tahun) memenangi pertandingan ratu Miss Intercontinental Malaysia, dan juga mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu Miss Intercontinental di China.[3] Beliau mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ratu Miss Malaysia Oriental World di tahun yang sama.[3] Pada tahun 2005, beliau merupakan naib juara kedua dalam pertandingan ratu Miss Chinatown.[4]

Pada tahun 2008, beliau memenangi gelaran Miss World Malaysia dan mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik Miss World di Johannesburg, Afrika Selatan.[5] Beliau mara ke separuh akhir untuk Miss World Top Model dan finalis bahagian untuk pertandingan Miss World Talent.[6]

Kerjaya Beliau[sunting | sunting sumber]

2009–2012[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2009, semasa pasca era pertandingan ratu cantik, Soo memulakan kerjaya lakonannya dalam sitkom Cina tempatan NTV7 bertajuk Mr. Siao Mandarin Class. Pada 18 Ogos 2009, Soo mengeluarkan album nyanyian sendiri beliau. [5] Samsung melantik lagu beliau "Beauty with a Purpose" (yang dinyanyikan dalam bahasa Inggeris, Melayu, dan Cina) sebagai tema Samsung LED.

Beliau menerima biasiswa PHD dari Universiti Terbuka Malaysia.[7]

Soo menyertai edisi selebriti MasterChef Malaysia.[8] Rancangan ini membuka kejayaan baru untuk Soo di kalangan penonton Melayu. Segar dari MasterChef, beliau melancarkan EP Melayu bertajuk "Terus Teranglah".[9]

Beliau melancarkan album Antarabangsa Cina yang pertama bertajuk "Happiness" di Taiwan.[10]

2013–2015[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2013, Beliau telah dipilih oleh Hollywood Independence Critic sebagai Top 100 wanita yang paling tercantik di dunia.[10] Pada tahun 2014, Soo mengasaskan syarikat pengurusan bakat sendiri, Beyond Artistes.[11]

2016–kini[sunting | sunting sumber]

Beliau berjaya melengkapkan penyelidikan PhD pada 31 Mei.[2]

Juga pada tahun 2017 dia menulis dan menghasilkan buku pertamanya dan buku audio bertajuk Inwinccible X.[12] Soo juga menjadi penerbit muzik dengan menulis, mengarang dan menghasilkan lagu pop motivasi pertama yang dicipta sendiri berjudul "I Am X A Loser".[13] Beliau mengadakan jelajah bicara motivasi pertamanya yang memberikan ceramah di lebih dua puluh universiti di seluruh Malaysia.[14]

Pada akhir tahun 2017, Soo menerima tawaran dari kampus Berklee College of Music Valencia untuk mendaftarkan diri dalam Master of Music dalam Penerbitan, Teknologi dan Inovasi.[15]

Pada akhir tahun 2023,Soo juga turut menyertai rancangan realiti iaitu The Masked Singer Malaysia Musim keempat sebagai maskot Kak Cat.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tahun Maklumat album Senarai lagu
2012 Terus Teranglah
Senarai runut
  1. Terus Teranglah (feat. Joe Flizzow)
  2. Jangan Risau
  3. Musim Asmara
  4. No. 1
2012 Xing Fu Jiu Hao
Senarai runut
  1. Xing Fu Jiu Hao (幸福就好)
  2. Guo De Qu (I'll Be Alright)
  3. Zhu Ni Xing Fu (祝你幸福)
  4. Hái zài xiǎng tā
  5. Pà﹗ (Scary Scary Night)
  6. Mímí zhī yīn (The Whisperer)
  7. Ài bù yáoyuǎn (Love Is Near)
  8. Yíng guāng (Fireflies)
  9. Hǎohǎo ài (Sweet love)
  10. Kànjiàn (I See I See)
2014 Wincci
Senarai runut
  1. 像我一樣愛你的人 Someone Like Me
  2. 幸福滿滿 Endless Happiness
  3. 過期 Expired Love
  4. 別客氣 You're Most Welcome
  5. 等等 What Are You Waiting For?
  6. 天亮 Dawn
  7. 起風 Windsome
  8. 如果你還放不下 If You Still Can't Let Go
  9. 找麻煩 Seeking Trouble
  10. 寂寞收據 Loneliness Receipts

Single[sunting | sunting sumber]

  • "Musim Asmara"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Bahasa Catatan
2023 Sumpahan Malam Raya Peguam Melayu Penampilan khas
2017 Kau Yang Satu Isabella Melayu
Sindiket Jane Melayu
2014 Suatu Malam Kubur Berasap 2 Hantu Amoi Seksi Melayu

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Bahasa Catatan
2023 The Queens's Ploy
The Masked Singer Malaysia (musim 4) Peserta Melayu Sebagai Kak Cat
2022 Sembang Viral (Musim 2) Artis Jemputan Melayu
2017 I Am Not A Loser Cina
2016 Beautiful World Cina
2015 Injustice Stranger Cina
2014 Takhta 3 Ratu Melayu Telefilem
2014 Untukmu Muhammad Khadijah Melayu Telefilem
2013 My Ghost Story Asia (Musim 1) Inggeris Episod: "The Singing Ghost"
2013 Biniku Gongxi Melayu Telefilem
2012 Backlight Lovers Cina Drama taiwan (kameo)
2010 Destiny In Her Hands Cina Drama Cina Malaysia, Singapura (peranan pembantu)
2009 Injustice Cina Drama Cina Malaysia, Singapura (peranan pembantu)
2008 Mr Siao Mandarin Classes Cina Sitkom (kameo)

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Miss World 2008: Soo Wincci heads for South Africa". MalaysiaKini. 6 November 2008. Dicapai pada 10 July 2019.
  2. ^ a b You may call her Dr Soo Wincci now, New Straits Times, 9 June 2016
  3. ^ a b Dream come true, The Sun, Malaysia, 6 November 2008
  4. ^ "The Wincci Code". thestar.com. Dicapai pada 19 May 2018.
  5. ^ a b Ex-Miss World Malaysia Soo Wincci launches muhibbah-style mini album Diarkibkan 2012-05-28 di Wayback Machine, The Star (Malaysia), 20 August 2009
  6. ^ "Artists: Ajai, Soo Wincci & Mistah G". cocacolacompany.com. Dicapai pada 19 May 2018.
  7. ^ Soo is no sleeping beauty, The Star (Malaysia), 20 November 2010
  8. ^ Lim, Ruby (21 April 2015). "In the kitchen with Soo Wincci". TheStarOnline. Dicapai pada 13 October 2017.
  9. ^ "Wincci joins Malay fans in fasting amid album launch". thestar.com. Dicapai pada 19 May 2018.
  10. ^ a b "Winsome Wincci wins 'em over". thestar.com.my. Dicapai pada 19 May 2018.
  11. ^ Azam tahun kambing Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Februari 2015.
  12. ^ "Inwinccible X: The Inwinccible Personal Journey & Strategies". mphonline.com. Dicapai pada 19 May 2018.
  13. ^ "I Am X A Loser (Motivational Pop Song) Dr. Soo Wincci 蘇盈之 全民激励歌「真心不怕輸」主題曲". youtube.com. Dicapai pada 19 May 2018.
  14. ^ "Find your Inwinccible X-factor". cybermed.edu. Dicapai pada 19 May 2018.
  15. ^ "Soo Wincci: Overcoming Challenges to Reach the Top". valencia.berklee.edu. Dicapai pada 19 May 2018.
  16. ^ a b c Bernard Cheah (8 Julai 2019). "Soo Wincci makes it to Malaysia Book of Records once again with two new entries". The Star. Dicapai pada 9 Julai 2019.
  17. ^ "10 awarded for excellence in their respective fields". The Star. 28 November 2016. Dicapai pada 9 Julai 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]