Soon Lip Chee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Soon Lip Chee (35) adalah seorang peguam , Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), dan whip DAP.

SMS Ugutan[sunting | sunting sumber]

Beliau menerima menerima mesej ugutan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), dipercayai berkaitan tindakan MPSP menghalang penjaja haram berniaga di sekitar kawasan Seberang Perai. MPSP cuba mengawal penjaja yang tidak mempunyai lesen, berniaga secara haram dan tidak menjaga kebersihan di sekitar Seberang Perai.

Ugutan itu diterima pada jam 5.04 pagi Ahad 21 Jun 2009 di rumahnya di Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Sebelum ini beliau menerima dua SMS dalam bahasa Mandarin itu dari nombor telefon yang sama.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT).Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner II Wan Abdullah Tunku Said menyatakan kesalahan ugutan disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]