Sopak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sopak
سوڤق
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Vitiligo
Vitiligo2.JPG
Penyakit sopak pada tangan seseorang dengan warna kulit gelap.
Sebutan
  • /sɔ.pak/
  • /vɪtɪˈlɪɡoʊ/
PengkhususanDermatologi
GejalaTompok berwarna putih atau lebih cerah pada kulit[1]
TempohJangka panjang[1]
PuncaTidak diketahui[1]
Sejarah keluarga, penyakit autoimun yang lain[2]
Biopsi kulit[2]
RawatanPelindung suria, solekan, kortikosteroid, terapi cahaya[1][2]
Kekerapan1% penduduk[3]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Sopak atau vitiligo[4] adalah sejenis keadaan di mana kulit mengalami kehilangan warna atau pigmennya.[5] Keadaan ini berlaku apabila warna asal kulit kelihatan lebih cerah atau putih daripada yang asal.

Tanda dan gejala[sunting | sunting sumber]

Satu-satunya tanda sopak ialah kehadiran kawasan tompok pudar pada kulit depigmentasi yang sering berlaku pada bahagian tangan dan kaki.[6][7] Sesetengah orang mungkin mengalami kegatalan sebelum suatu tompok itu berlaku.[8] Tompok-tompok ini pada asalnya kecil, yang kemudiannya membesar dan berubah bentuk.[6][9] Apabila belur (lesi) kulit berlaku, mereka paling menonjol pada muka, tangan dan pergelangan. Kehilangan pigmen kulit amat ketara di sekitar bukaan (orifis) badan seperti mulut, mata, lubang hidung, alat kelamin dan pusat (umbilikus).[6][7] Sesetengah lesi meningkatkan pigmen kulit di sekeliling tepinya.[10] Mereka yang diaibkan oleh keadaan sopak mungkin mengalami kemurungan (depresi) atau kecelaruan angin (mood) yang serupa.[11]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Ezzedine, K; Eleftheriadou, V; Whitton, M; van Geel, N (4 Julai 2015). "Vitiligo". Lancet (dalam bahasa Inggeris). 386 (9988): 74–84. doi:10.1016/s0140-6736(14)60763-7. PMID 25596811. S2CID 208791128.
  2. ^ a b c "Questions and Answers about Vitiligo". Institut Artritis dan Rangka Otot dan Penyakit Kulit Kebangsaan (dalam bahasa Inggeris). Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Ogos 2016. Dicapai pada 11 Ogos 2016.
  3. ^ Whitton, M; Pinart, M; Batchelor, JM; dll. (Mei 2016). "Evidence-based management of vitiligo: summary of a Cochrane systematic review". The British Journal of Dermatology (dalam bahasa Inggeris). 174 (5): 962–69. doi:10.1111/bjd.14356. PMID 26686510. S2CID 38560830.
  4. ^ Azura Mohd Affandi (23 Ogos 2019). "Rawatan Vitiligo (Sopak)". MyHealth. Kementerian Kesihatan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Ogos 2022. Dicapai pada 2 Disember 2022.
  5. ^ "Vitiligo". Cleveland Clinic (dalam bahasa Inggeris). 23 November 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2022. Dicapai pada 2 Disember 2022.
  6. ^ a b c Institut Artritis dan Rangka Otot dan Penyakit Kulit Kebangsaan (Mac 2007). "What Is Vitiligo? Fast Facts: An Easy-to-Read Series of Publications for the Public Additional" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2010. Dicapai pada 18 Julai 2010.
  7. ^ a b Halder RM (2007). "72. Vitiligo". Dalam Wolff K, Freedberg IM, Fitzpatrick TB (penyunting). Fitzpatrick's dermatology in general medicine (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-7). New York: McGraw-Hill Professional. ISBN 978-0-07-146690-5. OCLC 154751587.
  8. ^ Whitton, ME; Pinart, M; Batchelor, J; Leonardi-Bee, J; González, U; Jiyad, Z; Eleftheriadou, V; Ezzedine, K (24 Februari 2015). "Interventions for vitiligo". The Cochrane Database of Systematic Reviews (dalam bahasa Inggeris) (2): CD003263. doi:10.1002/14651858.CD003263.pub5. PMID 25710794.
  9. ^ Halder, RM; Chappell, JL (2009). "Vitiligo update". Seminars in Cutaneous Medicine and Surgery (dalam bahasa Inggeris). 28 (2): 86–92. doi:10.1016/j.sder.2009.04.008. PMID 19608058.
  10. ^ Huggins RH, Schwartz RA, Janniger CK (2005). "Vitiligo" (PDF). Acta Dermatovenerologica Alpina, Pannonica et Adriatica (dalam bahasa Inggeris). 14 (4): 137–42, 144–45. PMID 16435042. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 10 Disember 2006.
  11. ^ Picardi A, Pasquini P, Cattaruzza MS, dll. (2003). "Stressful life events, social support, attachment security and alexithymia in vitiligo. A case-control study". Psychotherapy and Psychosomatics (dalam bahasa Inggeris). 72 (3): 150–58. doi:10.1159/000069731. PMID 12707482. S2CID 22105282. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Ogos 2021. Dicapai pada 31 Januari 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris