Sophia Pakih Muda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sophia Pakih Muda (meninggal 1949) adalah isteri kepada pejuang Rejimen Askar Melayu Adnan bin Saidi yang maut ketika menentang tentera Jepun di Bukit Candu, Singapura. Sopia sekampung dengan Adnan di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor, merupakan seorang guru.[1]

Sophia berkahwin dengan Lt. Adnan Saidi pada 1937 setelah kembalinya Adnan dari London,[2] dan mendapat tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin (yang tinggal di Seremban dan Johor), dan seorang anak perempuan.[1]

Pada akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Singapura dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.

Apabila berita peperangan Perang Dunia II semakin hampir, dan pihak Jepun bersedia untuk menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini merupakan masa yang getir bagi Lt. Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama, dan Adnan tidak sempat berjumpa dengan bayi perempuannya yang meninggal sejurus selepas kejatuhan Singapura.[2]

Sophia di layar perak[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2000, Umie Aida telah dipilih untuk membawakan watak Sophia, di mana versi dalam filem Leftenan Adnan itu diberi nama Safiah. Menerusi watak ini, Umie telah dicalonkan untuk merebut anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-15.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Biography - Lt. Adnan Saidi Habitatnews
  2. ^ a b Lieutenant Adnan Saidi National Library Board Singapore

Pautan luar[sunting | sunting sumber]