Sosej

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wurst Jerman di atas pinggan
Biała, szynkowa, kiełbaska śląska, podhalańska (Poland)

Sosej ([so.séj], Jawi: سوسيج Mal., Sin.) atau sosis ([so.sis], Jawi: سوسيس Ind.) ialah produk makanan yang disedia biasanya diperbuat daripada daging kisar, lemak haiwan, garam, dan rempah, dan adakalanya ramuan lain seperti herba atau pengisi (seperti beras pulut dalam tongmo misalnya), dan biasanya dibungkuskan dalam selongsong. Pembuatan sosej ialah sejenis teknik pengawetan makanan yang amat lama.

Mula-mulanya selongsong ini diperbuat daripada usus haiwan, tetapi kini diperbuat daripada bahan sintetik. Sesetengah sosej dimasak ketika diproses, dan selongsong ini boleh ditanggalkan ketika ini. Sosej boleh dipelihara secara pengawetan, pengeringan dalam udara nyaman, atau salai. Rasa menonjol dalam sesetengah sosej adalah disebabkan penapaian oleh Lactobacillus ketika mengawet.

Selain dimakan sendirinya, sosej juga dijadikan bahan dalam makanan lain.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua perkataan "sosej" (pinjaman bahasa Inggeris: sausage) dan "sosis" (pinjaman Belanda: saucijs) datang daripada perkataan bahasa Perancis Lama saussiche[1] turunan bahasa Latin Pasar salsica, ia sendirinya terbitan perkataan salsicus yang bermaksud "diperisakan garam" (seasoned with salt) dari sal "garam"; ia kembar kata "sos" melalui kata Latin salsa terbitan lanjut salsus "diasinkan".[1]

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Makanan ini terdiri daripada tiga bahagian utama:

  • Isi - sosej lazim diperbuat daripada daging bercampur bahan lain, antaranya kanji isian seperti serdak roti (resipi Barat) atau nasi (resipi Thai) serta rempah ratus yang bersesuaian.[2] Lemak juga ada terkandung dalamnya namun nisbah isinya bergantung kepada ramuan pengeluar.
  • Selongsong - penutup membalut isi mengelakkan sebarang pemburaian sambil mengekalkan bentuk semasa ia dimasak. Selongsong sosej secara tradisinya diperbuat daripada usus atau perut yang telah dicuci.[3] Selongsong moden berasaskan bahan alternatif seperti kolagen dan selulosa kini dipilih dalam pembuatan. Ada juga seberapa jenis sosej yang tidak memerlukan selongsong langsung dalam pembuatan.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Sosej jemuran[sunting | sunting sumber]

Sosej masak[sunting | sunting sumber]

Sosej salai[sunting | sunting sumber]

Sosej darah[sunting | sunting sumber]

Sosej ini digunakan dengan menggumpal darah haiwan yang terkumpul setelah disembelih sebelum ia dibalut. Antara contoh lazim yang ada se-Nusantara ialah saren yang didapati di Jawa berasaskan darah ayam dan too huet berasaskan darah babi didapati di Pulau Pinang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Lihat:
    • "sausage – Origin and history of sausage by Online Etymology Dictionary". www.etymonline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Januari 2017.
    • M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "saucijs (soort worst)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  2. ^ BBC: Pork sausage recipes Diarkibkan 26 Disember 2013 di Wayback Machine. "The meat may be mixed with breadcrumbs, cereals or other ingredients such as leek or apple."
  3. ^ Oster, Kenneth V. (2011). The Complete Guide to Preserving Meat, Fish, and Game: Step-by-step Instructions to Freezing, Canning, and Smoking (dalam bahasa Inggeris). Atlantic Publishing Company. ISBN 9781601383433. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2017.