Soto Madura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Soto Madura ialah sejenis soto yang berasal dari daerah Madura, Jawa Timur. Bahan-bahan dasar soto ini terdiri daripada daging lembu, telur rebus, kentang goreng dan tauge, dengan ramuan-ramuan ketumbar, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, buah keras, jeruk purut, dan garam secukupnya.

Cara membuatnya adalah dengan merebus daging lembu sehingga masak (disisihkan). Ramuan-ramuan yang telah dihaluskan kemudian dimasukkan bersama-sama serei ke dalam air rebusan daging, dan dimasak sehingga kuahnya mendidih. Kuah itu ditaburi daun bawang, daun saderi dan bawang goreng campur sedikit bawang putih, dan dihidangkan bersama-sama sambal soto dan hirisan-hirisan jeruk nipis.

Kelainan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]