Soul 3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Soul 3
thumb
Soul3
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Kuala Lumpur, Malaysia
GenrePop Balada
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif2005 - 2011
Syarikat rakaman
Undefinited Entertainment (2006)
GK Records (2007–2011)
Pengkarya berkait
Arizal Thani
Rosli Ahmad
Burn Crossfire
Syed Nitrus
Laman sesawang
http://www.facebook.com/soul3band
Bekas ahliGanesh Kumar (vokalis)
Helmi Fazli Md Halim (gitar utama)
Terry Siau (bass)

Pemuzik Tambahan / Jelajah Bersama:

Marina Paloza (gitar kedua)
Quryakin Wahid (keyboard)
Jeevan Kish (Drum)

Soul 3 adalah sebuah kumpulan atau band yang terdiri dari 3 kaum yang berlainan bangsa. iaitu Melayu, Cina & India Pendek kata, kumpulan ini juga dikenali sebagai 1 Malaysia. Soul 3 dianggotai oleh Ganesh (Vokal), Helmi (Gitar Utama/Lead) & Terry (Bass). Kumpulan ini juga diterajui oleh pemuzik-pemuzik tambahan Marina Paloza (Gitar Kedua), Quryakin Wahid (Keyboards Piano) & Jeevan Kish (Drum) yang mengiringi Soul 3 ketika membuat persembahan.

Soul 3 ditubuhkan pada 19 Julai 2005 dan sudah berada dalam industri muzik tanahair selama 4 tahun. Soul 3 pada awalnya bernaung di bawah pengurusan Undefinited Entertainment di mana mereka menerbitkan album sulung mereka yang bertajuk “Hilang” pada tahun 2006 yang mendapat sentuhan dari komposer Arizal Thani dan susunan muzik oleh Syed Nitrus. Album ini merupakan album mini yang menampilkan 6 buah lagu iaitu “ “Hilang”, “Bila Kau Tiada”, “Walau Dari Jauh”, “Detik”,” Senyumlah” & “Takkan Berubah”. Pada ketika itu, Soul 3 merupakan sebuah kumpulan vokal, bukan sebuah band. Dimana dua anggota asalnya Zizan & Delon telah menark diri dan hanya Ganesh saja yang masih kekal dalam kumpulan ini hingga sekarang. Lagu “Hilang” tersenarai sebagai salah satu dari 20 lagu terbaik carta X-Fresh FM (Sekarang X-FM) pada bulan Ogos 2006. Ia juga mendapat tempat dicorong-corong radio yang lain seperti KL FM dan Muzik FM. Album “Hilang” dilancarkan pada bulan September 2006 di Hotel Swiss Inn, Kuala Lumpur dan dijual sebanyak 3,000 unit.

Pada tahun 2007, bulan Oktober, Soul 3 melancarkan album kedua mereka yang bertajuk “Awan & Langit”. Dalam album kedua ini, lagu mereka hanya dapat tempat di Negeri FM sahaja. Dan juga, disebabkan oleh kedua-dua anggota menarik diri dari kumpulan, Ganesh mengambil inisiatifnya sendiri untuk membuat jualan secara langsung album kedua ini dan jualannya mencapai 8,000 unit di atas berkat dari usahanya. Album pertama Hilang, telah dijual sebanyak 3,000 unit dan album kedua, Awan & Langit mencapai jualan sebayak 8,000 unit. Pada tahun 2008, Ganesh juga terpaksa menghentikan perjuangan dalam industri muzik untuk sementara disebabkan oleh kegawatan ekonomi yang membuat anggota-anggotanya mencari alternatif yang lain untuk menampung kehidupan mereka. Pada masa itulah, Ganesh mula merancang untuk membuat beberapa perubahan pada kumpulan mereka dimana satu transformasi bermula dari sebuah kumpulan vokal ke sebuah band.

Soul 3 telah pun selesai menerbitkan album ketiga mereka yang berjudul "Gunung Asmara" pada tahun 2009 yang memuatkan 10 lagu baru. Album ini mendapat sentuhan dari komposer Rosli Ahmad, Burn Crossfire, Jalil JR2000 dan Ganesh Kumar yang juga vokalis Soul 3 sendiri, Ganesh. Lagu-lagu mereka sudah berputar stesen-stesen radio RTM iaitu KL FM, Muzik FM, Selangor FM & Asyik FM. Jesteru itu, di radio swasta pula, telah dapat kelulusan di X-FM dan akan berputar di sana juga tidak lama lagi. Antara lagu-lagu hit di dalam album terbaru mereka ialah "Gunung Asmara" dan "Bukan Ku Tak Mahu" (penampilan bersama penyanyi dari Indonesia, Finna Salsabila) telah mendapat banyak permintaan dari peminat-peminat, terutamanya di radio KL FM. Album ketiga Soul 3 iaitu "Gunung Asmara" memuatkan 10 buah lagu di mana kebanyakan lagu-lagu mereka menceritakan kehidupan dengan menyelitkan beberapa elemen muzik seperti pop, balada, ketuhanan, tradisional dan beberapa lagi.

Kemunculan Helmi sebagai Gitar Utama, Terry sebagai pemain bass dan Ganesh sebagai Vokalis telah melengkapkan mereka sebagai sebuah band yang berbilang bangsa, 1 MALAYSIA. Soul 3 secara rasminya berpecah pada 11.11.2011 sejurus selepas tamat persembahan keramat mereka di sebuah majlis makan malam di sebuah hotel. Selepas itu, kesemua ahli mereka mengikut haluan masing-masing dan tidak pernah lagi berkomunikasi antara satu sama lain.

Album studio[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]