Soundwave

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Soundwave
Animasi kotak mainan Soundwave dalam Generasi 1
Informasi Penerbit
PenerbitHasbro
Kemunculan pertamaTransformers Generasi 1
SpesisRobot

Soundwave adalah nama beberapa watak fiksyen yang muncul dalam pelbagai francais animasi Transformers. Transformasinya yang paling terkenal ialah menjadi alat perakam mikro kaset.

Transformers: Generasi 1[sunting | sunting sumber]

Soundwave merupakan salah satu watak paling dikenali dalam cerita asal Transformers. Dia mempunyai mod alternatif - alat perakam mikro kaset - dan memiliki monotone yang tersendiri, suara berkomputer.[1]

Soundwave mampu mengesan dan mengganggu transmisi seluruh tenaga spektrum, satu bakat yang melayakkan kedudukannya sebagai Pegawai Komunikasi Decepticon. Selain itu, dia mempunyai memori fotografi, terima kasih pada kapasiti penyimpanan data besar cakera magnet dalam ruang dadanya, dan dia dilengkapi dengan selaras meriam laser yang dipasang pada bahunya dan senapang blaster konkusi. Soundwave secara fizikalnya lebih kuat berbanding kebanyakan Transformers yang lain. Bentuk alternatifnya - yang melibatkan pelepasan kuasa yang banyak - ialah alat pemain mikro kaset dari Bumi. Di dalam ruang pita, yang menjadi dadanya dalam mod robot, dia menyimpan pelbagai pengintip & askar Decepticon, kesemua darinya mengambil bentuk alternatif mikro kaset. Watak-watak pengintip ini ialah Ravage, Laserbeak, Buzzsaw, Ratbat, Rumble, Frenzy, Slugfest, dan Overkill, kesemua mereka dibawah perintah Soundwave dalam siri asal televisyen. Squawktalk, dan Beastbox adalah watak kaset sampingan dibawah kawalan Soundwave dalam cerita AS, yang tidak pernah ditunjukkan dalam kartun.[2]

Kaset-kaset Soundwave bertindak cepat untuk bekerja dan mempertahankan Soundwave dalam sesuatu krisis, dan biasa dikaitkan dengannya sebagai hamba atau binatang peliharaan. Namun, apabila kasetnya Ratbat menjadi pemimpin Decepticons dalam siri Komik Marvel, Soundwave menukar sepenuhnya kesetiaan dari Megatron kepadanya. Di dalam komik Dreamwave, Ratbat memimpin puak Ultracons, manakala Soundwave kekal bersama Decepticons yang dipimpin oleh Shockwave, walaupun dalam keselanjaran itu peristiwa ini berlaku sebelum Ratbat mengambil bentuk kaset. Pada komik IDW, dalam perang pra- Cybertron Soundwave bertindak sebagai asistan peribadi kepada Ratbat, yang merupakan Senator pada masa itu, namun kesetiaan sebenar Soundwave adalah kepada Megatron. Apabila tiba masanya dia dan Starscream membunuh Ahli Senat, dia menghambakan Ratbat dengan memberi bentuk kaset yang lebih kecil dan lebih lemah kepadanya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ J.D. Reed;Sara White/Boston (1984-10-01). "Living: Hot Toys with a Special Twist - Printout". TIME. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-09. Dicapai pada 2010-04-27.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ Seibertron.com. "Soundwave (Decepticon Communications, Transformers G1)". Seibertron.com. Dicapai pada 2010-04-27.

Templat:Transformers