Sous-vide

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sous-vide ([su vid]; bahasa Perancis: "dalam vakum")[1] ialah suatu kaedah memasak di mana makanan dimasukkan dalam suatu bekas plastik atau kaca yang dibenamkan dalam air atau stim untuk suatu tempoh yang agak lama berbanding tempoh memasak biasa (dari 1 hingga 7 jam, malah sehingga lebih 48 jam) pada suatu suhu yang dikawal dengan tepatnya. Cara masakan ini bertujuan agar bahan masakan dimasak dengan sekatanya mengekalkan kelembapan isi dalamannya.

Suhu masakan lebih rendah daripada yang pakai dalam kaedah memasak yang biasa dipakai - daging memerlukan suhu sekitar 55 hingga 60 °C manakala sayur-sayuran menggunakan julat suhu yang lebih tinggi dari itu; tahap ketepatan dan kemalaran suhu memasak itu bergantung kepada bahan mentah yang tersendiri.

Konsep memasak menggunakan suhu rendah ini pertama kalinya digambarkan oleh Benjamin Thompson, Count Rumford pada tahun 1799, di mana beliau mengujikaji sama ada pemanasan udara (dalam sebuah mesin pengering kentang ciptaannya) boleh digunakan untuk memanggang daging. [2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "sous-vide". Dictionary.com Unabridged (v 1.1). Random House, Inc. Dicapai 14 Disember 2007. 
  2. ^ "Sous Vide Historical Note: Count Rumford". Medellitin. Dicapai 14 Oktober 2012. 
  3. ^ Benjamin Count of Rumford, "Essay X: On the construction of kitchen fire-places and kitchen utensils together with remarks and observations relating to the various processes of cookery; and proposals for improving that most useful art," Essays, Political, Economical, and Philosophical, jld. 3 (London, England: T. Cadell jun. & W. Davies, 1802), m/s. 18-20.