South China Morning Post

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
SCMP logo.svg

South China Morning Post (bahasa Cina:《南華早報》 , dipendekkan kepada SCMP) serta edisi mingguannya Sunday Morning Post merupakan akhbar berbahasa Inggeris yang utama di Hong Kong.

Ia ditubuhkan pada November 1903 oleh Tse Tsan-tai, seorang revolusioner menentang Empayar Qing, dan Alfred Cunningham, seorang wartawan British, di bawah nama 《南清早報》 (Naamcing Zoubou atau dalam Bahasa Inggeris: South Qing Morning Post). Nama asal tersebut ditukar kepada nama terkininya pada 1913, berikutan Revolusi Xinhai yang menggulingkan empayar tersebut lalu mewujudkan suatu republik yang mengambil alih kekuasaan China.

Syarikat induknya, South China Morning Post Ltd diambil alih News Corporation milik Rupert Murdoch pada tahun 1987. Saham utamanya (sebanyak 34.9%) dibeli Kerry Media milik Robert Kuok beberapa tahun kemudian dengan nilai sebanyak US$375 juta.[1] Anak Robert, Kuok Khoon Ean, menjadi pengerusi akhbar itu pada tahun 1997.[2] Pada 11 Disember 2015, terdapat laporan yang menyatakan aset media syarikat induk akhbar ini akan dibeli syarikat Alibaba Group.[3] Pembelian tersebut disempurnakan pada 5 April 2016.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]