Soyuz-2-1v

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jangan dikelirukan dengan Soyuz (roket).
Soyuz-2-1v
Roket Soyuz-2-1v
Roket Soyuz-2-1v
Fungsi Roket pengangkut ringan
Pengeluar TsSKB Progress
Negara asal Rusia
Saiz
Tinggi 44 meter (144 ka)
Ukur lilit 3 meter (9.8 ka)
Berat 158,000 kilogram (348,000 lb)
Tahap Dua
Roket beriring
Keluarga R-7/Soyuz/2
Setanding Long March 2C
PSLV
Sejarah pelancaran
Status Aktif
Tapak pelancaran Baikonur Tapak 1/5 & 31/6
Plesetsk Tapak 43
Vostochny
Jumlah pelancaran 1
Kejayaan 1
Penerbangan sulung 28 Disember 2013

Soyuz-2-1v (Bahasa Rusia: Союз 2.1в, Kesatuan 2.1v), indeks GRAU 14A15,[1] semasa awal pembangunannya dikenali sebagai Soyuz-1 (Bahasa Rusia: Союз 1, Kesatuan 1), ialah suatu roket pengangkut sekali guna Rusia. Ia berasal daripada Soyuz-2.1b, dan merupakan sebahagian daripada keluarga roket R-7. Ia dibina oleh TsSKB Progress, di Samara di Rusia Eropah. Pelancaran dijalankan dari kemudahan sedia ada di Kosmodrom Plesetsk di Rusia Barat Laut, dengan landas turut tersedia di Kosmodrom Baikonur di Kazakhstan,[2] dan kemudahan baharu di Kosmodrom Vostochny di Rusia Timur.[3]

Penerbangan sulung[sunting | sunting sumber]

Pada 2009, penerbangan sulung Soyuz-2-1v diumumkan dijadualkan pada 2010, namun kemudian ditunda ke 2011 dan seterusnya 2012 akibat kelengahan pembangunan dan kebolehsediaan muatan.[4]

Akibat masalah lain, pelancaran sulung ditunda lagi sehingga Disember 2013.[5] Penerbangan ini – menggunakan peringkat atas Volga – membawa mikrosatelit Aist 1 dan sepasang sfera penentukuran SKRL-756. Roket ini ditolak keluar ke Tapak 43/4 di Kosmodrom Plesetsk pada 18 Disember dengan jangkaan dilancarkan pada 23 Disember.[5]

Pelancaran ditangguhkan ke 25 Disember akibat masalah ketika ujian akhir di landas, namun dibatalkan 10 minit sebelum berlepas. Ia kemudian dijadualkan semula kepada 10:30 UTC pada 28 Disember.[6] Akhirnya roket ini berjaya berlepas pada 12:30 UTC (16:30 waktu tempatan) akibat kelengahan pada saat-saat terakhir.[7] Pemisahan kapal angkasa berlaku 100 minit kemudian, pada 14:10 UTC.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Rus/Souyz-2 launch vehicle" (dalam bahasa Rusia). Plesetsk. Dicapai pada 31 Disember 2013. 
  2. ^ ""Soyuz-1" middle class launch vehicle". Samara Space Centre. Dicapai pada 11 April 2013. 
  3. ^ Alexander Peslyak (24 Julai 2013). "Vostochny Cosmodrome clears the way to deep space". Russia Beyond The Headlines. Dicapai pada 30 Disember 2013. 
  4. ^ Anatoly Zak. "Development of Soyuz-1". RussianSpaceWeb. Dicapai pada 28 Disember 2013. 
  5. ^ a b "Soyuz 2-1v". Spaceflight 101. Dicapai pada 28 Disember 2013. 
  6. ^ Anatoly Zak. "Soyuz-2-1v lifts off successfully". RussianSpaceWeb. Dicapai pada 28 Disember 2013. 
  7. ^ "After Series of Delays, Russia Launches New Soyuz Rocket". RIA Novosti. 28 Disember 2013. Dicapai pada 28 Disember 2013. 
  8. ^ Nathaniel Downes and Chris Bergin. "Russia conducts debut launch of Soyuz-2-1v". NASASpaceflight.com. Dicapai pada 28 Disember 2013.