Pergi ke kandungan

Anjing puyuh Jerman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Spaniel Jerman)
Anjing puyuh Jerman
Spaniel Jerman
Nama lainSpaniel Jerman
Negara asalJerman
Trait
Berat 18–25 kg (40–55 lb)
Tinggi Jantan 48–54 cm (19–21 in)
Betina 45–52 cm (18–20 in)
Bulu Kebanyakannya beralun
Warna Perang padu/merah; Kemerah-merahan (perang dan putih atau merah dan putih)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing puyuh Jerman[a] atau spaniel Jerman[b] ialah satu baka anjing yang dikembangkan di Jerman pada sekitar tahun 1890 dan digunakan sebagai anjing pemburu. Sebagai baka yang diturunkan daripada baka Jerman lama, stöberer ("penggeledah", "penyelongkar"), yang menjadi popular dalam kalangan orang awam ikutan Revolusi 1848 di negeri-negeri Jerman, yang memerlukan anjing pemburu serba guna. Stöberer kini merupakan sejenis anjing pemburu di Jerman dengan anjing puyuh merupakan satu-satu anggotanya. Baka ini tidak terkenal sangat di luar Jerman tetapi diiktiraf oleh United Kennel Club pada tahun 1996.

Sebagai baka bertubuh baik, lapis bulunya terdapat dalam warna perang kadang-kadang dengan tanda-tanda putih. Ia dapat dilatih untuk mengutip buruan, serta untuk penjejakan. Ia berkaitan dengan anjing penuding kecil Münster ("Heidewachtel") dan Drentsche patrijshond, kesemuanya merupakan keturunan anjing puyuh yang bertarikh kembali sekurang-kurangnya ke abad ke-15.

Seekor spaniel Jerman yang difotografkan pada 1915

Frederick Roberth, seorang pembiak baka anjing Jerman, dikreditkan dengan pewujudan anjing puyuh Jerman moden pada sekitar tahun 1890.[perlu rujukan] Walaupun beberapa baka tampil dalam kandungannya, baka anjing paling menonjol yang dibiakbakakan ke dalam baka moden ialah stoeberer yang kini pupus. Stoeberer telah disebut dalam kesusasteraan seawal tahun 1719 dan dianggap mempunyai hidung berkuasa seperti anjing pemburu darah. Ikutan Revolusi tahun 1848 di negeri-negeri Jerman, orang kebanyakan di negeri-negeri Jerman diizinkan untuk berburu dan memerlukan anjing pemburu serba guna; anjing tersebut ialah stoeberer. Pada lewat abad ke-19, ketika Roberth sedang mengusahakan baka baharu beliau, beliau menemukan spesimen stoeberer di Bavaria dan anjing itu disilangkan dengan anjing air dan spaniel sukan untuk menjadi spaniel Jerman moden.[perlu rujukan]

Pada tahun 1903, anjing puyuh Jerman diiktiraf sebagai baka dan, ikutan itu, kelab baka Jerman, Verein für Deutsche Wachtelhunde (VDW; "Persatuan untuk Anjing Puyuh Jerman"), ditubuhkan. Istilah stoeberer sejak itu telah menjadi kategori anjing pemburu di Jerman, dengan anjing puyuh sebagai anggota tunggal kategori itu.[perlu rujukan] Pada tahun 1910, VDW memilih empat ekor anjing jantan dan tujuh ekor anjing betina untuk dijadikan asas bagi piawaian baka untuk anjing puyuh. Anjing-anjing itu dipilih dari serata Jerman, seekor yang berasal dari setiap rantau, dengan dua ekor yang berasal dari Hanover. Semua spaniel Jerman berdaftar moden kini diturunkan daripada sebelas ekor anjing itu.[1]

Seekor spaniel Jerman moden

John Scott, Earl Eldon ke-1, Lord Canselor Great Britain memiliki seekor spaniel Jerman bernama Pincher, yang dianggap sebagai anjing kegemaran beliau, yang dilukis oleh Edwin Henry Landseer.[2] Anjing itu pada asalnya milik anak lelaki beliau, William Henry, tetapi menjadi teman tetap beliau. Lord Eldon kemudian menulis tentang tingkah laku Pincher dalam surat-menyurat, contohnya kepada Lady F. J. Bankes pada Disember 1831: "Apabila saya tiba di Southampton, Pincher, yang menyampaikan salam hormatnya, naik ke bilik tidur, yang di situ saya tidur sebanyak dua kali semasa saya berada di situ. Pembantu rumah menyediakan bilik lain untuk saya, rumah itu penuh dengan kehadiran orang, kerana ada majlis tarian di Southampton. Pincher berasa gelisah dengan ini, dan atas sebab jenaka, dan jika ia mampu berbicara, ia tidak akan membenarkannya."[3] Ikutan kematian Lord Eldon, sejumlah harta ditinggalkan kepada anak perempuan beliau, Lady Frances, khususnya untuk menanggung penjagaan anjing itu.[4]

Biasanya tidak dibela sebagai haiwan peliharaan, anjing ini kerap dimiliki oleh rimbawan dan pemburu profesional Jerman. Pada tahun 1960-an dan tahun 1970-an, beberapa ekor spaniel Jerman diimport ke Amerika Syarikat dan keturunan anjing-anjing itu kini digunakan di Kanada untuk menjejak dan menggarah beruang hitam Amerika.[perlu rujukan] Sepasang anjing lagi dibawa ke Amerika Syarikat pada tahun 1994 dan United Kennel Club mengiktiraf baka ini pada tahun 1996 dengan meletakkannya dalam kumpulan gundog-nya.[5]

Seekor anak anjing berusia tiga bulan yang menunjukkan variasi cahaya warna pada baka ini

Anjing puyuh Jerman ialah gundog bertulang kuat, berotot, dan bersaiz sederhana dengan bulu beralun tebal panjang. Telinganya agak panjang dan patut mencapai dari separuh jalan ke hidung, ke hujung hidung. Saiznya hampir-hampir 48–54 sentimeter (19–21 in) pada paras kelasa untuk jantan dan 45–52 sentimeter (18–20 in) untuk betina. Purata berat untuk kedua-dua jantan dan betina baka ialah 18–25 kilogram (40–55 lb).[6][7]

Lapis bulunya pendek dan halus pada kepala dan panjang pada tubuh. Pada tubuh, lapis bulunya kuat, tebal, beralun atau keriting, dengan cukup lapis bulu bawah untuk memberikan perlindungan. Ia mempunyai lapis bulu cukup berjumbai yang biasanya sama ada berwarna perang atau perang kemerah-merahan. Walaupun berwarna perang, ia dapat mempunyai tanda-tanda putih pada dada dan/atau tungkai dan mungkin mempunyai bintik putih di mana-mana pada tubuhnya. Warna lain yang dapat dipunyai oleh lapis bulunya termasuk merah-dan-putih dan merah padu. Lapis bulu hitam kosong tidak ada pada baka ini.[8]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤويوه جرمن; Jerman: deutscher Wachtelhund; bahasa Inggeris: German quail dog
  2. ^ Jawi: سڤانيئل جرمن; bahasa Inggeris: German spaniel
  1. ^ Pepe, Dave. "What is A Deutscher Wachtelhund?" [Apakah Anjing Puyuh Jerman?] (dalam bahasa Inggeris). Deutscher Wachtelhund of North America. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Januari 2021. Dicapai pada 8 Mac 2024.
  2. ^ The Literary Gazette; A Journal of the Belles Letters, It's Sciences &c for the year 1840 (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Moyles and Barcy. 1840. m/s. 348.
  3. ^ Twiss, Horace (1844). The Public and Private Life of Chancellor Eldon [Kehidupan Awam dan Persendirian Canselor Eldon] (dalam bahasa Inggeris). III. London, United Kingdom: John Murray. m/s. 161. ISBN 9780598548030.
  4. ^ Tait's Edinburgh Magazine (dalam bahasa Inggeris). XI. Edinburgh, United Kingdom: William Tait. 1844. m/s. 661.
  5. ^ "Deutscher Wachtelhund (German Spaniel) Revised July 1, 2009" [Anjing Puyuh Jerman (Spaniel Jerman) Disemak pada 1 Julai 2009] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2011. Dicapai pada 8 Mac 2024.
  6. ^ "FCI - Standard Nr. 104 DEUTSCHER WACHTELHUND" [Piawaian FCI No. 104 Anjing Puyuh Jerman] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 12 Mac 1999. Dicapai pada 8 Mac 2024.
  7. ^ "FCI-Standard N° 104 DEUTSCHER WACHTELHUND (German Spaniel)" [Piawaian FCI No. 104 Anjing Puyuh Jerman] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Chris Seidler. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 12 Mac 1999. Dicapai pada 8 Mac 2024.CS1 maint: others (link)
  8. ^ Kienle, Armin. "Der Deutsche Wachtelhund - ein Porträt der Rasse" [Anjing Puyuh Jerman - Potret Baka] (PDF) (dalam bahasa Jerman). Verein für Deutsche Wachtelhund. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 3 Mac 2011. Dicapai pada 8 Mac 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]