Pergi ke kandungan

Spanish Cross

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Salib Sepanyol
Spanienkreuz
Salib Sepanyol dari Gangsa berserta Pedang
Nama asliSpanienkreuz (de) Sunting nilai ini di Wikidata
JenisLencana
NegaraReich Jerman Sunting nilai ini di Wikidata
Disampaikan olehJerman Nazi
KelayakanAnggota tentera
KempenPerang Saudara Sepanyol
StatusTidak lagi digunakan
Diasaskan14 April 1939
Kali pertama14 April 1939 Sunting nilai ini di Wikidata
Jumlah anugerahGangsa tanpa Pedang – 7,869
Perak tanpa Pedang – 327
Gangsa berserta Pedang – 8,462
Perak berserta Pedang – 8,304
Emas berserta Pedang – 1,126
Emas berserta Pedang dan Berlian – 28
Reben pingat
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Salib Sepanyol (Jerman: Spanien-Kreuz)[1] ialah pingat kehormat Nazi Jerman yang diberikan kepada tentera Jerman yang terlibat dalam Perang Saudara Sepanyol, berjuang untuk jeneral nasionalis, yang kemudiannya menjadi diktator Sepanyol, Francisco Franco.[2]

Dengan meletusnya Perang Saudara Sepanyol pada Julai 1936, Jerman menghantar Condor Legion, yang terdiri daripada anggota tentera udara dan tentera darat Jerman, untuk membantu pasukan Nasionalis pimpinan Franco. Pada 14 April 1939, Jerman memperkenalkan Salib Sepanyol sebagai satu pingat kehormat untuk anggota tentera udara dan darat Jerman yang berjuang dalam Legion Condor semasa perang.[3] Beberapa kapal Tentera Laut Jerman juga berkhidmat di perairan Sepanyol, dan anak kapal mereka turut layak menerima pingat ini.[4]

Salib Sepanyol hendaklah dipakai di dada uniform sebelah kanan di bawah penutup poket atau, jika telah dianugerahkan, di bawah Blood Order. Selepas kematian penerima, anugerah ini kekal bersama waris terdekat.[3]

Pemakaian anugerah era Nazi telah diharamkan pada tahun 1945. Salib Sepanyol tidak termasuk dalam senarai anugerah yang dibenarkan semula untuk pemakaian rasmi oleh Republik Persekutuan Jerman pada tahun 1957.[5]

Reka bentuk

[sunting | sunting sumber]

Salib Sepanyol ialah sejenis Salib Maltese dengan satu lambang swastika di tengah-tengahnya pada sebuah bulatan. Di antara setiap lengan salib terdapat lambang helang Luftwaffe dan, bagi versi yang mempunyai pedang, terdapat dua bilah pedang bersilang yang diletakkan di belakang simbol helang tersebut. Kelas berlian mempunyai batu permata yang dihiasi mengelilingi swastika di bulatan tengah.[6]

Bahagian belakang salib ini adalah kosong dan mempunyai pin untuk dipakai pada uniform.[6]

Pingat untuk waris terdekat diperbuat daripada gangsa dan menyerupai salib tanpa pedang, tetapi bersaiz lebih kecil. Tidak seperti yang lain, ia dilekatkan pada seutas reben berwarna hitam dengan tepi berwarna merah, kuning dan merah (warna-warna bendera Sepanyol).[4]

  1. Doehle 1943, m/s. 14.
  2. Wehrmacht awards.com: Spanish Cross
  3. 1 2 Doehle 1943, m/s. 15.
  4. 1 2 Littlejohn & Dodkins 1968, m/s. 108–110.
  5. German Federal regulation 1996, m/s. 583–593, Anlage 13: List of authorised awards.
  6. 1 2 Angolia 1976, m/s. 29–44.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Angolia, LTC John R (1976). For Führer And Fatherland: Military Awards of the Third Reich. R. James Bender Publishing. ISBN 0912138149.
  • Doehle, Dr Heinrich (1943). Medals & Decorations of the Third Reich: Badges, Decorations, Insignia. Reddick Enterprises. ISBN 0962488348.
  • Littlejohn, David; Dodkins, Colonel C. M. (1968). Orders, Decorations, Medals and Badges of the Third Reich. R. James Bender Publishing, California. ISBN 978-0854200801.
  • German Federal regulation (1996). Dienstvorschriften Nr. 14/97. Bezug: Anzugordnung für die Soldaten der Bundeswehr. ZDv 37/10 (dalam bahasa Jerman).

Templat:List of military decorations of the Third Reich