Pergi ke kandungan

Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Speaker Dewan Rakyat)

Dewan Rakyat
يڠ دڤرتوا ديوان رعيت
0
Penyandang
Tan Sri Dato’ Johari Abdul
sejak 19 Disember 2022
Dewan Rakyat
GelaranTuan Yang di-Pertua (rasmi) Tuan Speaker (tidak rasmi dan di dalam dewan)
Lapor kepadaDewan Rakyat
Bidang kuasaDewan Rakyat Sunting nilai ini di Wikidata
Kediaman0
Pusat0
Penama-
Dilantik olehDipilih oleh ahli-ahli Dewan Rakyat
0
Tempoh jawatanDipilih pada permulaan setiap Parlimen atau jika terdapat kekosongan
Surat cara pembentukanPerlembagaan Persekutuan Malaysia
Penjawat sulungMohamad Noah Omar
Dibentuk11 September 1959; 66 tahun yang lalu (1959-09-11)
Timbalan/naib0
GajiMYR 372,000 setahun[1]
Tapak webParliament of Malaysia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Jawi: يڠ دڤرتوا ديوان رعيت) ialah pengerusi majlis (Speaker) setiap kali persidangan Dewan Rakyat diadakan di Parlimen.

Penjawat jawatan ini boleh dipilih dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat tetapi mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang Dipertua.

Walau bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua mestilah juga seorang Ahli Parlimen.

Sebagai Yang di-Pertua, beliau bertanggungjawab:

  • mengawasi persidangan supaya berjalan dengan lancar
  • megatur debat seupaya tidak menyimpang dari isu-isu yang dibahaskan
  • membuat keputusan mengenai Aturan Urusan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan
  • memeriksa sama ada petisyen, rang dan pindaan undang-undang boleh diterima.

Beliau juga menentukan bila sidang bermula dan berakhir, dan boleh menangguhnya sementara jika perlu. Yang di-Pertua juga bertanggungjawab memastikan Perlembagaan dihormati, mendisiplinkan ahli-ahli dewan, menetukan siapa yang berhak bersuara, memanggil undi dan memeriksa korum setiap kali bersidang. Beliau cuma mengundi sekiranya ada undi yang berakhir dengan seri.

Apabila Yang di-Pertua tidak dapat menghadiri persidangan Dewan Rakyat, tugas dan fungsinya dipikul oleh salah seorang daripada dua timbalannya.

Senarai Yang di-Pertua dan Timbalan Dewan Rakyat Malaysia

[sunting | sunting sumber]
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Bil Nama Parti Mula Tamat Tempoh Penggal Timbalan YDP
1 Mohamed Noah Omar Perikatan 1 September 1959 29 Februari 1964 04 tahun 05 bulan 28 hari ke-1 kosong 00000000
2 Syed Esa Alwee Al-Syahab Perikatan 18 Mei 1964 24 November 1964 6 bulan 6 hari Ke-2 Kosong
3 Chik Mohamad Yusuf Sheikh Abdul Rahman Perikatan 25 November 1964 19 Mac 1969 09 tahun 11 bulan 8 hari Syed Esa Alwee
4 Julai 1970 3 November 1974 Ke-3 Nik Ahmad Kamil Nik Mahmod
4 Nik Ahmad Kamil Nik Mahmod BN 4 November 1974 20 Disember 1977 03 tahun 1 bulan 15 hari Ke-4 Syed Nasir Ismail
5 Syed Nasir Syed Ismail BN 21 Disember 1977 16 Mac 1982 4 tahun 2 bulan 7 hari Ke-5 Azahari Md Taib, Mansor Othman
6 Mohamed Zahir Ismail (Bukan Ahli Parlimen) BN 14 Jun 1982 14 Oktober 2004 22 tahun 4 bulan Ke-6 Hee Tien Lai, Abdul Hamid Pawanteh
Ke-7 Mohamed Amin Daud, D.P. Vijandran
Ke-8 Ong Tee Keat, Juhar Mahiruddin
Ke-9
Ke-10 Muhammad bin Abdullah, Lim Si Cheng
7 Ramli Ngah Abdul Muttalib BN 22 November 2004 27 April 2008 03 tahun 7 bulan 5 hari Ke-11 Yusof Yacob, Lim Si Cheng
08 Pandikar Amin Mulia (Bukan Ahli Parlimen) UMNO-BN 28 April 2008 9 Mei 2018 10 tahun 1 bulan

6 hari

Ke-12 Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN), Ronald Kiandee (BN)
Ke-13 Ronald Kiandee (BN),

Ismail Mohamed Said (BN)

9 Mohamad Ariff Md Yusof[2] (Bukan Ahli Dewan Rakyat) AMANAH-PH 16 Julai 2018 13 Julai 2020 1 tahun, 11 bulan dan 27 hari Ke-14 Mohd Rashid Hasnon (PKR-PH), Nga Kor Ming (PH-DAP)
10. Azhar Azizan @ Harun (Bukan Ahli Dewan Rakyat) Bebas 13 Julai 2020 19 Disember 2022 2 tahun, 5 bulan dan 6 hari Mohd Rashid Hasnon (PN-BERSATU),Azalina Othman Said (BN-UMNO)
11 Johari Abdul (Bukan Ahli Dewan Rakyat) PH-PKR 19 Disember 2022 kini 3 tahun, 85 hari Ke-15 Ramli Mohd Nor (BN-UMNO), Alice Lau Kiong Yieng (PH-DAP)

* menjawat jawatan sebelum Hari Malaysia
*** mula menjawat jawatan sebagai wakil rakyat Parti Perikatan kemudiannya BN
** meninggal dunia dalam jawatan

Baca lagi

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Gaji dan elaun Ahli Parlimen naik sehingga 40 peratus | MetroPost Malaysia". 2015-04-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-17. Dicapai pada 2018-07-18.
  2. ^ Biodata Speaker Dewan Rakyat ke-9