Speculaas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Speculaas
Biskut speculaas ditera pelbagai corak
JenisBiskut
Tempat asalBelgium/Belanda/Rhineland
Bahan utamaTepung, gula, mentega, kayu manis, halia, bunga cengkih, buah pelaga, lada hitam, buah pala
Bahan yang biasa digunakanGula perang, tepung, pudding spice Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Speculaas (Perancis: spéculoos, Jerman: Spekulatius) atau spekulaas ialah sejenis biskut nipis yang lazim di Belanda, Belgium,[1] Luxembourg, Jerman dan Austria. Biskut ini mempunyai tekstur yang senang berderai dengan rasa karamel menggunakan pelbagai rempah ratus seperti kayu manis, buah pala, cengkih, halia, pelaga, dan lada hitam. Ia boleh dimakan begitu sahaja mahupun dihancurkan bersama mentega menjadi suatu lepa yang boleh disapu pada roti yang disebut sebagai biscoff.[2]

Biskut ini dapat ditentukan asal-usulnya daripada perdagangan rempah dilakukan para pedagang Belanda dengan kepulauan Nusantara pada abad ke-17, pemasakan kuih ini lalu melazim pada keraian memperingati Santo Nicholas atau Krismas pada awal bulan Disember.[1] Kuih ini tersebar ke Indonesia hasil pengaruh Belanda di mana ia disajikan pada majlis-majlis umum lain.[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "What You Need to Know about Speculaas Cookies". About.com Food. Dicapai pada 2016-01-14.
  2. ^ Castle, Steven (February 15, 2011). "A Cookie Paste Squeezed in the Middle of a Debate". The New York Times. In an earlier era, blue-collar workers used speculaas and speculoos as a sandwich filling (cheaper than cheese or meat) between pieces of buttered bread. By lunchtime the cookies would have softened into a paste.
  3. ^ "Resep Kue Zaman Penjajahan Belanda". i idntimes. Dicapai pada 26 May 2020.
  4. ^ Roti Legendaris Peninggalan Belanda yang Jadi Makanan Khas Indonesia || OMIYAGO