Spektrum elektromagnet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Spektrum elektromagnet (Jawi: سڤيكتروم ايليكترومڬنيت) merupakan julat semua sinaran elektromagnet. Manakala "spektrum elektromagnet" sesuatu objek ialah julat frekuensi sinaran elektromagnet yang dipancarkan, dipantulkan atau disiarkan.

Gelombang elektrognetik ini boleh bergerak dalam ruang-ruang kosong termasuklah vakum. Dengan memasang sebuah antena yang sesuai pada litar elektrik, gelombang elektromagnetik boleh disebarkan secara berkesan dan juga boleh diterima pada kadar jarak tertentu.

Melalui teknologi terkini, bit-bit data boleh dihantar melalui gelombang elektromagnetik melalui frekuensi yang digunakan. Semakin kecil lebar frekuensi yang digunakan maka proses pemindahan data dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Spektrum ini secara langsung berkaitan dengan:

  • Panjang gelombang didarabkan dengan frekuensi ialah kelajuan cahaya: 300 Mm/s, iaitu 300 MmHz
  • Tenaga dari foton adalah 4.1 feV per Hz, yaitu 4.1μeV/GHz
  • Panjang gelombang didarabkan dengan tenaga per foton adalah 1.24 μeVm

Julat[sunting | sunting sumber]

Gelombang elektromagnet dijelaskan melalui tiga ciri-ciri fizikal: frekuensi f, panjang gelombang λ, atau tenaga foton E. Frekuensi yang digunakan dalam astronomi berjulat daripada 2.4×1023 Hz (sinar gamma 1 GeV) kepada frekuensi plasma tempatan medium angakasa lepas terion (~1 kHz). Pamjang gelombang berkadar songsang dengan frekuensinya,[1] jadi sinar gama mempunyai panjang gelombang yang sangat pendek, dalam lingkungan sebahagian saiz atom, mankala panjang gelombang pada hujung berlawanan spektrum boleh menjadi sepanjang alam semesta. Tenaga Foton berkadar langsung dengan frekuensi gelombang. Oleh itu, foton sinar gama mempunyai tenaga yang paling tinggi (dalam satu billion elektronvolt), manakala foton sinar radio mempunyai tenaga yang sangat rendah (dalam satu femtoelektronvolt). Hubungan ini ditunjukkan oleh persamaan berikut: iaitu:

  • c = 299792458 m/s ialah kelajuan cahaya dalam vakum
  • h = 6.62607015×10−34 J·s = 4.13566733(10)×10−15 eV·s ialah pemalar planck.[2]


Jadual Spektrum[sunting | sunting sumber]

Kelas   Panjang gelombang
Frekuensi
Tenaga per
foton
Sinaran pengion γ Sinar gama   1 pm 300 EHz 1.24 MeV
 
  10 pm 30 EHz 124 keV
HX Sinar X  
  100 pm 3 EHz 12.4 keV
SX Sinar X Lembut  
  1 nm 300 PHz 1.24 keV
 
  10 nm 30 PHz 124 eV
EUV Ultraungu
lampau
 
  100 nm 3 PHz 12.4 eV
  NUV Ultraungu dekat,
Tampak
 
    1 μm 300 THz 1.24 eV
NIR Inframerah dekat  
  10 μm 30 THz 124 meV
MIR Inframerah
pertengahan
 
  100 μm 3 THz 12.4 meV
FIR Inframerah jauh  
  1 mm 300 GHz 1.24 meV
Gelombang mikro

dan

Gelombang radio
EHF Frekuensi
terlampau tinggi
 
  1 cm 30 GHz 124 μeV
SHF Frekuensi
super tinggi
 
  1 dm 3 GHz 12.4 μeV
UHF Frekuensi
ultra tinggi
 
  1 m 300 MHz 1.24 μeV
VHF Frekuensi
sangat tinggi
 
  10 m 30 MHz 124 neV
HF Frekuensi
tinggi
 
  100 m 3 MHz 12.4 neV
MF Frekuensi
sederhana
 
  1 km 300 kHz 1.24 neV
LF Frekuensi
rendah
 
  10 km 30 kHz 124 peV
VLF Frekuensi
sangat rendah
 
  100 km 3 kHz 12.4 peV
ULF Frekuensi
ultra rendah
 
  1000 km 300 Hz 1.24 peV
SLF Frekuensi
super rendah
 
  10000 km 30 Hz 124 feV
ELF Frekuensi
terlampau rendah
 
  100000 km 3 Hz 12.4 feV
 
Sumber: File:Light spectrum.svg [3][4][5]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Frekuensi Radio

Gelombang

Sinaran pengion


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan em-spectrum tidak disediakan
  2. ^ Templat:CODATA2006
  3. ^ What is Light? Diarkibkan Disember 5, 2013, di Wayback MachineUC Davis lecture slides
  4. ^ Elert, Glenn. "The Electromagnetic Spectrum, The Physics Hypertextbook". Hypertextbook.com. Dicapai pada 2010-10-16.
  5. ^ "Definition of frequency bands on". Vlf.it. Dicapai pada 2010-10-16.