Spits Denmark

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Spits Denmark
Nama lainSpits serigala, spits Greenland, spits Samoyed, spits putih, spits putih Denmark
Negara asalDenmark
Trait
Berat minimum 26–40 lb (12–18 kg)
Tinggi Jantan minimum 17–19 in (43–48 cm)
Betina minimum 15–18 in (38–46 cm)
Bulu lembut
padat
Warna putih hingga biskut
Anjing (Canis lupus familiaris)

Spits Denmark[a] ialah satu baka anjing yang berasal dari Denmark. Baka ini terkenal sebagai anjing peliharaan keluarga bagus, terutamanya kerana ia sabar dengan kanak-kanak. Sepanjang masa, ia dikenali dengan pelbagai nama, termasuk spits Samoyed, spits serigala, spits Greenland, dan spits putih, yang menyukarkan penjejakan baka ini dan pembiakbakaan. Kini, baka ini dikenali sebagai spits Denmark.

Mulai 1 Januari 2013, pendaftaran anjing baka ini dibolehkan dalam DKK, kelab kenel di Denmark yang didaftarkan di bawah Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Ia masih belum diiktiraf oleh FCI, tetapi kini sedang dibina semula dan didaftarkan ke dalam daftar-X Dansk Kennel Klub. Ada kemungkinan untuk menunjukkan baka ini di Denmark dan di negara-negara Nordik. Oleh sebah ia belum diiktiraf secara rasmi, ia masih belum terkenal secara meluas di Denmark atau di seluruh dunia.

Ia tergolong dalam kumpulan anjing spits dan mengongsi keserupaan dengan anjing Samoyed, anjing Eskimo Amerika, spits Jepun, dan anjing rubah kecil Itali.

Asal usul dan sejarah[sunting | sunting sumber]

"Det Rybergske familiebillede" (1797) karya Jens Juel, menunjukkan seekor spits Denmark dengan bulu terpotong

Ia pernah lazim digunakan sebagai anjing pendamping di desa, terutamanya di Jutland, tetapi lebih awal dimiliki terutamanya oleh golongan borjuis. Baka ini mencapai kegemilangannya pada tahun 1930-an, semasa ia agak lazim di ladang sepanjang masa. Tugas utama baka ini di Denmark adalah untuk menjaga kanak-kanak dan, oleh itu, ia dikenali sebagai anjing kanak-kanak. Sejak masa itu, bilangan spits Denmark telah menurun dengan banyak dan baka ini hampir pupus. Walau bagaimanapun, sejak lewat tahun 1980-an, sesetengah pihak telah berusaha keras untuk membina baka ini semula seperti yang dikenali. Kini, terdapat peningkatan bilangan baka ini, yang kesemuanya diuruskan oleh DKK – sebuah kelab di bawah FCI.[1]

Bulu dan warna[sunting | sunting sumber]

Lapis bulunya terdapat dengan warna putih hingga biskut. Lapis bulu atas adalah rata dan gugur dalam jumlah kecil sepanjang tahun. Lapis bulu bawah pula adalah lembut dan menjadikannya kekal sejuk pada musim panas dan hangat pada musim sejuk; ia bersalin bulu pada musim bunga dan pada musim luruh. Lapis bulu spits Denmark adalah sederhana panjang dan tidak patut menonjol dari tubuh. Lapis bulunya lebih panjang sedikit pada telinga dengan jumbai di belakang paha dan tungkai. Ekornya patut lebat dan terangkat melingkar ke atas belakang. Ekornya diizinkan untuk tergantung semasa anjing berkenaan tenang.[2]

Perangai[sunting | sunting sumber]

Perangai spits Denmark ialah ciri utama baka ini dan diperihalkan sebagai perangai "cergas, ramah, ingin tahu, dan berani".[2]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: سڤيت‌س دينمرک; Denmark: dansk spids; bahasa Inggeris: Danish spitz

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Danish Spitz - an ancient danish dog breed"" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2017. Dicapai pada 28 Mac 2024.
  2. ^ a b "Danish Spitz - an ancient danish dog breed"" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2017. Dicapai pada 28 Mac 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]