Sporotrikosis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sporotrikosis
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Penyakit pekebun mawar[1]
Penyediaan sitologi daripada kes sporotrikosis kucing; sel fagosit menunjukkan banyak bentuk yis pelbagai bentuk di dalam
PengkhususanPenyakit berjangkit
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sporotrikosis ialah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kulat Sporothrix schenckii.[2] Prnyakit kulat ini biasanya menjejaskan kulit, walaupun bentuk jarang yang lain dapat menjejaskan peparu, sendi, tulang, dan juga otak. Disebabkan bunga mawar boleh merebakkan penyakit ini, ia merupakan satu daripada beberapa penyakit yang dirujuk sebagai duri mawar atau penyakit pekebun mawar.[3] Spesies ini dinamakan untuk Benjamin Schenck, seorang pelajar perubatan yang pada tahun 1896 merupakan yang pertama untuk mengasingkannya daripada spesimen manusia.[4]

Disebabkan S. schenckii dijumpai semula jadi di tanah, rumput kering, lumut sfagnum, dan tumbuhan, ia biasanya menjejaskan petani, pekebun, dan pekerja pertanian.[2] Ia masuk melalui potongan kecil dan lelasan di kulit menyebabkan jangkitan. Dalam kes sporotrikosis menjejaskan peparu, spora kulat masuk melalui laluan pernafasan. Sporotrikosis boleh juga diperoleh daripada menjaga kucing dengan penyakit tersebut; ia merupakan bahaya pekerjaan bagi doktor veterinar.

Sporotrikosis berkembang perlahan – gejala pertama boleh muncul 1 hingga 12 minggu (purata 3 minggu) selepas pendedahan awal kepada kulat. Komplikasi serius boleh juga berkembang dalam pesakit yang mempunyai sistem imun yang terjejas.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rapini, Ronald P.; Bolognia, Jean L.; Jorizzo, Joseph L. (2007). Dermatology: 2-Volume Set. St. Louis: Mosby. ISBN 978-1-4160-2999-1. Unknown parameter |name-list-format= ignored (bantuan)
  2. ^ a b Ryan KJ, Ray CG, penyunting (2004). Sherris Medical Microbiology (ed. 4th). McGraw Hill. m/s. 654–6. ISBN 978-0-8385-8529-0.
  3. ^ Volk T (February 2003). "Sporothrix schenckii, cause of Rose-picker's Disease". Tom Volk's Fungus of the Month.
  4. ^ Barros MB, de Almeida Paes R, Schubach AO (October 2011). "Sporothrix schenckii and Sporotrichosis". Clinical Microbiology Reviews. 24 (4): 633–54. doi:10.1128/CMR.00007-11. PMC 3194828. PMID 21976602.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Mycoses